Tip penjagaan dan menyimpan beg tangan kulit
Beg kulit pastinya menjadi idaman ramai kerana kualitinya yang lebih utuh, tahan lama dan pastinya tampak lebih mewah. Dan barangan kulit biarpun tahan lasak namun masih perlukan belaian dan penjagaan yang teliti. Perlu disimpan elok-elok, kerana selalunya barang kulit makin lama makin cantik. Ada nilai vintaj. Namun, tidak ramai yang tahu bagaimana cara yang betul menjaga beg kulit.
Kali ini Dyadara mahu kongsikan tip menjaga dan menyimpan beg tangan kulit di rencana ini.
Cara Mencuci
Sapu bahagian kotoran di atas beg kulit dengan menggunakan kapas dan pencuci khas untuk material kulit.
Setiap hari, pastikan anda mengelap beg kulit dengan sekali sapuan sahaja sudah mencukupi. Ia demi memastikan tas tangan anda tahan lama dan sentiasa tampak baru.
Cara Menjaga Tekstur Kulit
Untuk mengelakkan pengelupasan dan kedutan, dab sedikit perapi menggunakan kain dan sapu dengan lembut.
Pastikan anda melakukannya setiap bulan untuk memastikan material kulit tas tangan anda tampak berkilau.
Cara Menyimpan
Simpan beg kulit anda di dalam beg habuk dan pastikan ia dipenuhi dengan bahan-bahan seperti kertas atau surat khabar untuk mengekalkan bentuk beg tersebut.
Jangan buang gel silika yang tersimpan di dalam beg habuk kerana ia demi mengelakkan masalah kulat.
Berikan ruang udara sekali dalam 2 minggu untuk membantutkan pertumbuhan kulat di sekitr beg kulit.