Aku anak jati Kuala Lumpur membesar di tapak Menara Maybank Pudu.
Walaupun sudah seminggu warga Kuala Lumpur menyambut Hari Wilayah,rasanya tidak lewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Wilayah untuk tanah tumpahnya darahku.
Aku anak jati Kuala Lumpur.Aku di lahirkan pada jam 11.40 malam di Hospital Kuala Lumpur(HUKL).Aku di besarkan di tengah-tengah IbuKota Kuala Lumpur. Jalan Bukit Makhamah.Ya Jalan Bukit Makhamah.Sebelum adanya Menara Maybank,disitulah kami sekeluarga tinggal di sebuah banglow besar atas bukit.Sebelum wujudnya Menara Maybank disitulah tapak rumah banglow kami sekeluarga tinggal.Tak percaya?Ya,memang sukar untuk mempercayainya.
Di awal tahun 70an ada sebuah banglow kerajaan besar di puncak atas bukit itu,Nama Jalan Bukit Mahkamah.Papa memegang jawatan besar dalam kerajaan waktu itu dan mama pula adalah surirumahtangga.Di bawah bukit itu pula terdapat sebuah kampung .Kalau tak silap aku nama kampung itu ialah,Kampung Muhibbah.Pelbagai kaum yang tinggal di kampung tersebut.Masih segar dalam ingatan,seawal pagi celik sahaja mata ini,pasti sudah kedengaran suara kawan-kawan sebaya memanggil nama ku “Intan….Intan..jom kita main.”Terus bingkas bangun ,tapi pasti mama akan halang aku dahulu sebelum aku buka pintu depan.”Nanti dulu…lepas mandi..sarapan baru boleh main dengan kawan.”Yang menariknya,mereka sanggup menunggu aku bersiap di beranda depan rumah sambil bersembang atau bermain Batu Seremban.Selesai bersiap aku akan keluar bermain bersama mereka.Hampir setiap pelusuk kampung kami akan berjalan dan bermain.Ada suatu ketika kami di kejar anjing hitam milik sebuah keluarga India.Yang menghairankan,aku yang menjadi sasaran anjing itu.Berbekas kesan gigitan ajning itu di punggung ku buat seketika.Papa bawa aku ke klinik petang itu dan malam nya,pemilik anjing itu datang ke rumah,memohon maaf pada kami sekeluarga.
Aku masih ingat lagi,ada sekeluarga besar tinggal di dalam kawasan bangunan makahamah.Ya,disitulah bangunan makhamah yang pertama di Kuala Lumpur.Bangunan terletak di atas Bukit,dari situlah dapat nama Jalan Bukit Makhamah.Keluarga ini ada tiga orang anak perempuan hampir sebaya dengan aku,antara 3-5tahun.mereka tinggal dalam sebuah bilik besar.Masa itu aku tidak faham mengapa mereka sebesar sekeluarga itu tinggal di dalam bilik yang sederhana besar.Kini baru aku tahu,ibubapa mereka menjalankan perniagaan kantin makanan di situ.Mereka mendapat tender buka kantin untuk pekerja makhamah.Aku juga selalu bermain dengan mereka di kawasan makhamah di waktu petang(maaf aku sudah lupa nama-nama mereka).Kami akan masuk ke ruang makhamah dan berlari dalam bilik makhamah .Ada ketika kami bermain seperti watak hakim dan penjenayah.Hingga pasti seorang Pak Guard akan kejar kami lari balik ke kantin mereka.Kami akan berlari sambil ketawa besar..Masyallah sungguh indah saat itu bila di kenangkan kembali.
Tidak sukar untuk kami sekeluarga keluar beriadah mahupun membeli belah.Jalan kaki turun bukit kami sudah sampai ke destinasi,hanya 10 minit perjalanan kami sudah sampai ke Petaling Street.20 minit ke Pasar Kuala Lumpur atau lebih di kenali dengan nama Pasar Seni sekarang ini.Seingat aku,sebulan sekali mungkin kami akan ke Petaling Street seleps solat Maghrib.Kami sekeluarga akan berpimpin tangan turun bukit ke Petaling Street.Selalunya papa akan beli baju tidur kami adik beradik disitu.Sebelum balik,kami akan duduk di satu warung satay.Dalam perjalanan pulang,papa akan dukung arwah adik aku masa tu mungkin umur dia 3tahun sebab dah kepenatan berjalan.
Ada satu kenangan yang tidak mungkin aku lupa di rumah banglow Bukit Makhamah ini.
Semasa menyambut harijadi aku yang ke-5. Seingat aku,2-3 hari sebelum tu,beberapa lori bawa barangan fun fair ke rumah.Kemudian siap pasang peralatan fun fair di laman rumah.Petang itu aku,arwah adik bersama kawan-kawan,kami duduk di tepi tangga rumah melihat mereka memasang merry-go-round(kecil bukan besar),laluan keretapi mainan.Suasana masa itu kelihatan sibuk,ramai juga saudara mara aku dari jauh berkumpul di rumah kami petang tu.Mereka juga turut membantu mengemas rumah .Makcik-makcik aku tolong mama di dapur,manakala pakcik tolong hiaskan rumah petang itu.Aku berlari ke dapur tanyakan pada mama,”Mama..kenapa ramai orang datang rumah kita hari ni?” Mama hanya jawab dengan senyuman..”Petang nanti Intan tengok lah nanti.”,katanya sambil membancuh tepung .Petang itu memang aku rasa gembira sangat,kerana saudara mara datng dan suasana riuh dengan suara mereka kegembiraan.
Di sebelah petang,mama siapkan aku dan adik mandi.Kemudian dia pakaikan aku baju yang dia jahit sendiri.Aku begitu kagum dengan baju jahitannya.Memang cantik baju itu.Makcik-makcik aku pun kagum melihat baju itu.Sepasang baju maxi yang terbuka di belakang,,bare back dress.Kemudian makcik-makcik aku pula siap hiaskan rambut dan makeupkan aku.Perasaan masa itu,sungguh seronok sekali.Tidak cukup dengan itu,bila aku keluar dari bilik,ramai yang bersorak dan tepuk tangan seolah-olah seorang puteri cantik keluar untuk berdansar.Aku di pimpin ke meja,disana aku lihat ramai kawan-kawan sepermainan berpakaian cantik dan mereka sedang menunggu aku di meja makan sambil bersorak dan tepuk tangan.Terasa bagaikan seorang puteri bila di sambut begitu.Petang itu,adalah hari yang paling bahagia buat aku.suasana sungguh meriah dengan hilaian ketawa kami bermain fun fair,Kegamatan kegembiraan keluarga melihat kami bemain.Sebolehnya,aku tidak mahu kegembiraan itu berakhir.
Itulah kenangan yang hingga kini tidak akan aku lupakan.Hanya selepas beberapa tahun baru aku tahu siapa yang anjurankan fun fair di harijadi ku itu.Ia adalah dari arwah nenek ku yang mahu memberi kenangan yang indah buat diriku.Ya,memang ianya adalah kenangan yang paling indah buat aku.
Sebenarnya,banyak lagi kenangan di rumah banglow ini,tetapi cukup sampai disini dahulu yang dapat aku kongsikan.
Inilah pakaian baju maxi yang mama jahit untuk harijadi ku yang ke-5.
Aku,arwah adik(Syazian) dan papa di depan beranda rumah kami di Bulit Mahkamah.Masih ingat lagi baju yang aku pakai itu berwarna unggu,baju kegemaran ku jua.Jika tidak salah,ini gambar semasa Raya Haji.
Di rumah kami ini selalu di adakan majlis atau kenduri kendara.Ini adalah satu upacara Berjejak(bagi keturunan orang Rao).Upacara Berjejak arwah adik yang di jalankan oleh Arwah nenek ku,iaitu bapa kepada papa ku,Mohammad Shariff.Upacara ini di adakan di depan beranda rumah kami.
Bersama rakan-rakan dari Kampung Muhibbah.Majlis Harijadi Arwah adikku yang ke-4 mungkin.(aku dan adik berdiri depan kanan memegang belon).
Zaman rambut panjang,arwah adik juga tidak terkecuali. di depan pintu masuk ke rumah.Yang duduk itu,adalah seorang rakan sebaya.Jika tidak silap ibunya yang mengajar kami mengaji setiap petang.Ibunya surirumahtangga dan bapanya seorang askar .
Ini sahaja yang dapat aku kongsikan .Masih banyak lagi gambar tetapi aku kena cari satu per satu.Insyallah akan ku kongsikan lagi kehidupan kami sebagai kanak-kanak riang membesar di IbuKota Kuala Lumpur.