top of page

High taste people vs High quality people


>>HIGH TASTE PEOPLE<<-

Mereka ini adalah spesies yang sukakan pada barang berjenama,barang yang berharga mahal,suka bersantai di restoren,hotel atau cafe yang bertaraf tinggi,suka makan makanan yang di masak oleh chef-chef,suka melancong ke tempat perangingan yang bertaraf tinggi.Penampilan mereka agak kemas dan bergaya dengan pemakaian baju berjenama,beg tangan berjenama,haruman berjenama,kasut berjenama dan memandu kereta yang mewah.Mereka mahukan semua mata memandang ke arah mereka dengan melihat barangan yang mereka guna dan pakai(suka di puji).Baik wanita mahupun lelaki.

KELEMAHAN MEREKA-

Suka mengarah orang melakukan kerja untuk mereka.Suka menunjuk-nunjuk yang mereka ini adalah DIVA.Tidak boleh melihat orang lain LEBIH sedikit dari mereka,walau dalam apa jua aspek.Akan merajuk jika tidak dapat apa mereka minta.Kebanyakkan mereka ini tidak suka keluar mencari duit,tetapi suka keluar untuk menghabiskan duit.

KEKUATAN MEREKA-

Pantang di cabar,terutama bab membeli barangan jenama.Sanggup melakukan apa saja untuk dapatkan barangan berjenama idaman mereka.Jika kita perlukan khidmat interior atau fashion dari mereka...alangkah indahnya dunia mereka.

>>HIGH QUALITY TASTE PEOPLE<<-

Mereka ini spesies yang berlawanan dengan HIGH TASTE PEOPLE.Suka berpakaian kemas,tetapi tidak semestinya pakaian yang berjenama.Begitu juga dengan barangan yang lain.Mereka tidak mementingkan harga barangan samada mahal atau murah,yang penting bagi mereka barangan yang mereka beli menampakkan keunikkan tersendiri,boleh di guna pakai dan untuk kepuasan diri.Mereka bekerja cara berkhemah untuk mendapatka rezek.Jika tidak dapat apa yang mereka hajati,mereka akan berpasrah redha.

KELEMAHAN MEREKA-

Mudah tersentuh hati.Tidak suka mengarah orang untuk melakukan kerja mereka.Suka meraikan keluarga dan rakan.

KEKUATAN MEREKA -

Sanggup melakukan apa saja untuk kebahgiaan orang lain.Sentiasa sabar dan positif dalam apa jua cabaran yang datang.Disenangi oleh semua lapisan rakan.Sumber inspirasi pada masyarakat.Pakaian UTAMA mereka adalah SENYUMAN YANG IKHLAS. :)

Ini hanyalah pandangan perbadi saya sahaja.

Jika setuju,kongsikan dan tekan butang (y).


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page