Usahawanita senyap..Siapakah mereka..
Siapakah usahawanita senyap? Siapakah mereka sebenarnya.Apa tujuan mereka ini berniaga.
Soalan disini siapakah diantara kita ini adalah usahawanita senyap?Dimanakah mereka menjalankan niagaan mereka? Adakah mereka ini jutawan senyap?
Ikuti kisah ini…
Minggu lepas,saya berkesempatan bawa mak mentua jalan-jalan ke pekan Batu Lima.Kami singgah di gerai cendol yang di kendalikan oleh beberapa orang wanita.Mereka sangat bekerjasama.Seorang bancuh cendol,seorang layan pelanggan dan seorang lagi sediakan hidangan cendol.Mereka sangat cekap bekerja.Sambil makan dan memerhati sekeliling di gerai itu,mak bersuara..
“Intan,mak dulu pernah jual cendol depan rumah. Cendol tu mak buat sendiri.Mak jual setiap hari Jumaat.Lepas orang lelaki solat Jumaat,depa mai singgah depan kedai makan cendol..Mak masukkan dalam mangkuk kecil,jual 20sen.Untunglah jugak,bolehlah buat Ajak dan Wahid belanja sekolah.” Saya diam dan melihat mak dengan penuh kagum sambil menyuap cendol ke mulut.
Tiga hari selepas itu kami ke pekan Kuala Kurau pula,mak ada urusan disana petang itu.Memandangkan musim kerang,kami singgah ke gerai kerang rebus di Kuala Kurau.Gerai ini di kendalikan oleh sepasang suami isteri yang agak berumur sedikit.Dan di bantu oleh seorang pekerja lelaki,mungkin itu anak mereka.Sekali lagi mak bersuara sambil makan dan melihat keliling gerai itu.
“Intan,teringat mak,masa bulan Ramadhan dulu,masa Wahid belajar di sekolah asrama Sri Perak,mak pernah jual kerang rebus depan rumah.Dulu kerang senang dapat,sos kerang tu kan,mak masak sendiri.Lepas depa solat terawih,ramai orang datang singgah makan.Meriah suasana depan rumah masa tu.Kalau Wahid balik cuti,dia yang tolong mak .Sepinggan mak jual 50sen .Air teh percuma.Seronok niaga masa tu.Boleh lah beli baju raya untuk Ajak dan Wahid.”Kali ini saya tidak lagi diam,saya tanya pada mak..
“Pandai mak niaga…Mak ambil kesempatan dan peluang niaga bila musin datang.Kenapa mak dah tak niaga lagi?”
Dengan nada suara sepi memandang jauh mak jawab…
“Mak dah tak larat lagi.Masa tu mak muda dan kuat lagi.Lagipun masa tu barang semua murah lagi.Dulu ramai orang di kampong ni,kalau depa nak keluar ke pekan jauh,tak ada motor.Jadi depa ramai dok kampong.Sekarang orang kampong pun dah tak ramai.Orang tua-tua ada yang dah meninggal.Yang muda depa dok pekan.Lagipun sekarang depa dah ada motor,boleh keluar ke pekan.Jadi sunyi dah di kampong.Lagipun masa Wahid belajar di Kuala Lumpur dah tak ada sapa nak tolong.”
Sekali lagi saya renung muka mak sedalamnya dengan rasa kagum.Walaupun mak tidak berpelajaran tinggi,menurut cerita dari adik-adiknya,mak belajar hanya darjah 2 sahaja kerana kesempitan hidup mereka dahulu.Memandangkan dia anak sulong perempuan maka dia memberi laluan pada adik-adiknya ke sekolah,manakala dia menjaga kebajikan mereka.Mak seorang pesawah,bekerja di bendang setiap pagi,tetapi dia mempunyai daya fikiran seperti seorang usahawanita yang berwawasan suatu ketika dahulu.Mak mungkin tidak terfikir untuk menjadi seorang jutawan,mak hanya fikirkan berniaga demi anak-anak untuk belanja mereka yang semakin membesar dan membantu dan meringan belanja keluarga tercinta.
Ramai lagi wanita seperti mak di sekeliling kita.Contoh yang mudah saya boleh kongsikan ialah,jiran tetangga kami di kampong.Ada di antara wanita disini menjalankan niaga kuih-muih di rumah dan kemudian di hantar ke gerai atau kedai di pekan.Ada yang mengambil upah menjahit baju dengan kadar bayaran yang sederhana.Ada yang mengasuh anak-anak jiran ketika ibu bapa mereka bekerja di Bandar.Ada yang mengambil upah bekerja di bendang atau mengutip kelapa sawit.Kadar upah mereka tidaklah tinggi atau mahal hanya sekadar cukup buat mereka menambah wang belanja untuk keluarga mereka.Malah rasanya,di mana-mana sahaja baik di kampong mahupun di Bandar,setiap wanita pasti akan berasa tidak cukup dan berusaha demi untuk keluarga,kelebihan pada anak-anak mereka.Mereka berniaga bukan sahaja untuk meringankan bebanan suami tetapi melengkapi keperluan hidupan mereka.Biarlah mereka comot atau tidak mewah,demi anak-anak mereka.Itulah falsafah yang setiap wanita akan pegang dan gengam hingga membara.Mereka inilah USAHAWANITA SENYAP.
Kini mak masih berniaga.Dia masih ada kedai runcit kampong kecil di depan rumah.Walaupun sudah jarang orang datang membeli setidaknya dia tidak berasa sunyi dari riuh suara anak-anak kecil datang membeli gula-gula atau ais krim pop.Ada juga rakan-rakan sekampong datang membeli barangan keperluan kecil seperti telur ayam,gula sekampit,serbuk kari sambil berbual dengan mak di kedai.
Sekarang mak berniaga bukan lagi kerana anak-anak atau menambah pendapatan lebih,tetapi kerana berniaga sudah sebati dengan mak.Mak rasa seronok bila berniaga.Mak tidak rasa bosan.Mak rasa gembira dapat membantu mereka yang tiada kenderaan untuk ke pekan beli barang,setidaknya mereka boleh ke kedai mak.Mak tak akan rasa sunyi bila dia berniaga.
Bagi saya,mak adalah usahawanita kecil yang berjaya.In her own rights.
Usahawanita kecil di bandar menjalankan perniagaan cup cake atau kuih muih moden.
Usahawanita kecil berniaga buah-buahan atau kerepek di pekan-pekan kecil.
Usahawanita kecil di kampong,berkumpul di suatu tempat dan disitu mereka jalankan niagaan.