Anak mendapat keputusan PT3 kurang baik...Jangan malu..raikan.
Apa reaksi ibubapa dengan keputusan peperiksaan anak-anak mereka?
Keputusan PT3 telah di umumkan pada tanggal 14/12/2017. Tahniah kepada bakal-bakal pemimpin kita . Walau apa pun keputusan itu sudah tertulis buat anak-anak semua.
Anak saya juga tidak terkecuali dari mengambil keputusan pt3. Awalnya dia kelihatan teruja dan sedikit gentar..nervous. Se balik sampai dari Kuala Lumpur jam 2 petang kami terus ke sekolahnya.waktu itu memang sudah tiada orang kecuali kerani sekolah di pejabat. Setelah melihat keputusan nya,saya ucapkan tahniah padanya begitu juga abahnya.Kami sekeluarga raikan kejayaan dia dengan makan tengahari sebuah restoren kegemarannya.Kami raikan dia kerana kami redha dengan keputusan PT3 anak lelaki kami ini. Tetapi dari riak wajah anak lelaki kami ini ,dia kelihatan kecewa. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah dia tidak bersuara hanya duduk di belakang kereta senyap..selalunya dia tidak begitu.
Masuk di rumah,dia terus campak kan kertas sijil keputusan PT3 di lantai bilik. Faham lah saya bahawa dia kecewa dengan keputusan PT3 nya itu. Mulanya rasa nak marah tetapi ubah fikiran kerana tiada guna memarahinya pada saat dia sedang kecewa. Dia terus ke bilik mengunci diri. Saya biar kan,agar dia tenang sendiri.
Usai solat maghrib dan berdoa,saya panggil dia duduk bersama di atas sejadah. Kelihatan dia lesu mungkin penat balik dari Kuala Lumpur. Dia duduk di depan saya kepala tunduk ke bawah. Dia tidak mahu melihat saya. Inilah perbincangan kami..
" Bagaimana adik rasa dengan keputusan PT3?"
(Dia mengangkat bahu)
"So sekarang apa adik rasa dengan keputusan PT3?"(saya soal lagi dengan nada tegas.)
"Adik rasa tak puashati dan rasa macam tak adil!"
"Apa yang tak adilnya?"
"Iyer lah..adik dah usaha..setiap pagi masa di asrama adik bangun pukul 4 pagi kot,duduk baca buku buat ulangkaji apa yang tak faham adik tanya cikgu..tanya kawan..adik dah usaha kan. Tapi bila keluar results macamni memang tak puashati arrr.." (Saya diam mendengar keluhan dia.)
"Adik berusaha...tetapi tidak bersungguh-sungguh ."
"Maksud ummi?"
"Hmmm..macamni..di asrama adik bangun awal dan baca buku. Itu sudah bagus. Tapi di sebelah petang adik buat apa? Bila balik rumah cuti adik buat apa? Adakah adik bangun awal seperti di asmara dan buat ulangkaji.Setahu ummi,bila balik bercuti dari asrama adik hanya tidur,..keluar jumpa kawan dan main game. Bila ummi tegur,adik tak endah teguran ummi dan abah. Solat pun,nak habis waktu baru adik nak solat. Sebab tu ummi kata adik berusaha tetapi tidak ber sungguh-sungguh..betul tak apa yang ummi katakan ni." (Dia mengangguk setuju.) "Adik imbas balik apa yang adik dah buat sebelum periksa. Adik check list kan yang mana adik rasa banyak adik buat dan yang adik kurang buat. Kemudian,adik istikomah diri kembali. Dan adik redha dengan keputusan ini. Ummi dan abah redha dengan keputusan adik ,kami rasa adik sudah buat yang terbaik walaupun tidak mencukupi tetapi Inilah dia keputusan dari atas usaha adik. Jangan jadikan Disleksia sebagai alasan adik kurang mendapat keputusan yang baik. Adik harus tentangi itu. Mulai sekarang ,adik harus set,..pasang niat dan strategi untuk tahun depan dan seterusnya. Don't make the same mistake you did for PT3. Kali ini mesti buat bersungguh-sungguh. Tinggalkan aktiviti negative seperti bermain game, lakukan aktiviti yang positive yang boleh bawa adik kemajuan. Boleh kan?... Walau apa pun ummi dan abah ucapkan tahniah dan bersyukur di atas kejayaan kecil adik ini. Insyallah,ummi yakin adik boleh buat yang lebih baik lagi. Ummi sentiasa doakan kesejahteraan adik dunia dan akhirat."
(Kami berpelukan.)
"Terima kasih,Ummi."
Begitulah secebis perbualan kami malam itu lepas maghrib. Walaupun dia seorang disleksia saya tidak mahu dia gunakan itu sebagai alasan. Saya faham perjalanan dia masih panjang dan peluang untuk dia masih terbuka luas. Walaupun ada yang kata..dapat keputusan tak baik pun, Tak apa,esok-esok dia yang akan basuh berak kencing kita bila tua nanti. Sejujurnya,saya tidak melihat itu sebagai masa depan antara saya dan anak-anak. Sebolehnya,saya mohon agar di jauh kan dari situasi ini. Saya mohon agar di beri kekuatan dan berada dalam keadaan sihat di lanjut usia dengan tidak membebankan anak-anak.
Walau apa pun keputusan peperiksaan mereka,sebagai ibubapa kita harus terima dengan redha.Peluklah dan eratkan hubungan dengan mereka dan hembuskan kata-kata semangat yang baik untuk mereka.Jangan malu dan membandingkan anak ita dengan anak orang lain.Fahami lah,LAIN ORANG LAIN REZEKI NYA.Tiada yang lebih Maha Mengetahui selain Allah.
Doa yang terbaik untuk anak-anak kita.