top of page

Jika takut di lambung ombak,jangan bina rumah di tepi pantai.Kita buat dan lihat.


Rasa seperti baru semalam kita bersama dalam bisnes.Tanggal 23.Disember.2016 adalah tarikh yang keramat buat kami.Awalnya kami kurang yakin dengan bisnes yang bakal kami ceburi.Di tambah lagi saya baru pindah ke Perak.Tiada kenalan rapat,tiada saudara mara,tiada orang saya kenal di tempat asing ini,kecuali suami yang sememangnya asal dari tempat ini.Hanya kepada suami yang saya bergantung harap untuk memulakan lembaran baru kami apabila kami mengambil keputusan untuk berhijrah ke Perak.

Rezeki Allah tidak pernah salah alamat.Perkenalan kami bermula dengan menjalin perniagaan kecil.Kami tekad menjalankan bisnes partnership dengan sebuah syarikat franchise.Kami tekad walaupun tidak mengenali lebih rapat,tetapi kami mempunyai satu visi yang sama,iaitu KITA BUAT DAN LIHAT.

Adat dalam dunia bisnes,JIKA TAKUT DI LAMBUNG OMBAK JANGAN BINA RUMAH DI TEPI PANTAI.Ya,kami memang takut pada ombak tetapi kami beranikan diri untuk menyelam bersama ke dalam lautan bersama ombak,angin dan badai kerana kami yakin tidak selamanya ombak melambung,tidak selamanya angin kencang dan tidak selamanya badai bertiup,pasti ada sampai masa semuanya akan tenang kembali.Sekiranya datangnya lagi ombak,angin dan badai,kami sudah bersedia hadapi bersama.

Semalam 28.Disember.2017,kami raikan usia setahun jalinan partnership ini bersama staf setia kami dan keluarga.Terima kasih semua di atas sokongan dan pertolongan yang di hulurkan.

Makan apa tu..minta sikit.

Cantik kan kami.

Lagi wanita cantik.

Makan sambil selfie.

Kami sekeluarga dan staff.

Insyallah kami bakal besarkan lagi bisnes,amin.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page