Jarum dan benang adalah penyambung siratulrahim yang terputus.
Di suatu pagi yang dingin,angin bertiup sepoi basah menandakan ketibaan
musim kemarau bakal menjelang.
"Intan..tolong masukkan benang dalam jarum ni. Mak tak berapa nampaklah."
Sebenarnya,mata saya pun dah rabun tapi tak sampai hati melihat mak terkiyal-kiyal masukkan benang ke jarum,mahu mulakan jahitannya pagi tu di luar kedainya.
"Mak nak jahit apa?",tanya saya sambil berusaha masuk kan benang ke jarum .
"Ni...bag ni..butang zip dah tercabut...tali bag pun dah tertanggal..tu yang nak jahit ni." Jawab mak sambil memulakan jahitan.
Saya hanya terdiam memerhati dia bersungguh-sungguh jahit kan bag nya itu. Kalau ikutkan hati saya,memang tidak akan jahit atau repair bag yang telah rosak,saya samada akan buang atau hantar kepada orang yang arif untuk repair jika rasa bag itu masih boleh di guna kan lagi. Tetapi tidak mak...dia akan buat sendiri.
"Hangpa selalu beli lepaih tu buang. Beli barang mahal-mahal,habis guna buang ..cuba simpan elok-elok,..barang beli mahal jangan di buang..simpan selagi boleh guna." Begitulah mak, akan nasihat kan kami.
Seingat saya mak hanya ada 2 sahaja tas tangan. Satu jenis crossbody bag harga cuma RM20 yang mak beli di Pasar pagi di pekan Batu Lima.dan satu bag ini. Mak tidak suka membazir dengan mempunyai banyak tas tangan.Mak tidak pentingkan fashion atau jenama bag.Mak hanya beli yang perlu sahaja.Mak tidak ambil kisah akan jenama atau harga . Ada juga saya belikan mak tas tangan semasa bercuti di Australia dahulu tetapi kerana rasa sayang pada hadiah tas tangan itu,mak cuma simpan dan hingga kini masih dalam kotak tersimpan elok di bawah katil.
Cuba teka,mak tengah repair bag jenama apa tu? Inilah bag kesayangan mak. Seingat Saya dah lebih dari 10 tahun mak guna bag kesayangan dia ni. Ianya adalah hadiah dari kakak ipar saya semasa dia dan abang ipar (suaminya,abang kepada suami saya),bercuti di Singapura. Mereka beli bag ini di sebuah butik terkenal di sana. Yang menariknya,mak jarang guna sangat bag ni. Mak hanya guna bag ni sebagai bag isi pakaian bila dia datang ke Kuala Lumpur atau melawat semalam dua di rumah saudara, mudah cakap Ini ialah bag pakaian mak. Kami awalnya nasihat kan mak supaya guna bag ni bila pergi kenduri atau berjalan tapi mak tetap dengan pendirian dia tetap guna bag buruk untuk berjalan atau ke kenduri.
Mak kata,bag ni cantik sangat untuk di bawa ke kenduri dia berasa malu nak bawa segan orang akan pandang pada mak. Ya,Memang bag ini cantik dan berkualiti. Bag jenama Coach ini memang rare dan ada ciri-ciri tersendiri. Memang padan dengan karektor mak yang tersendiri. Selagi boleh guna,walaupun ada sedikit kerosakan mak akan baiki dan guna sebaiknya.
Mak sedang menjahit bahagian bag Coach yang rosak di depan rumah.
Ini bahagian zip,kulit terputus dari zip.Mak jahit dan ikat kuat dengan benang hitam.
Disini pula,bahagian tali terputus dari cangkuk.Mak jahit kuat lagi supaya tidak terputus lagi.
Tak percaya ini bag Coach original,boleh lihat code number disini.
Mak juga selalu pesan,jahitan antara benang dan jarum umpama menjalinkan kembali siratulrahim yang telah terputus,begitulah manusia jangan suka putus siratulrahim dengan saudara yang jauh mahupun dekat.Sebab tu,mak mengambil berat jika ada kenduri di kampung,pasti dia akan hadir dan paksa kami ikut serta.
Dari hanya bag Coach vintaj ini,banyak saya belajar dari falsafah mak.
Terima kasih,mak.