Kisah di sebalik tudung/shawl Rm10 ini.
Kisah di sebalik tudung shawl ombre Rm10 ini.
Apa yang nak di kisahkan sangat tudung sebegini dengan cerita aku kali ini.Tudung biasa je kot.Tudung pasar malam jer pun.Harga pun tak mahal sangat pun,Rm10 jer sehelai. Ada yang gelar tudung,ada yang gelar shawl tapi bagi aku ini tudung shawl.
Inilah yang hendak aku ceritakan. Kisah di sebalik tudung shawl Rm10 ini.
Pagi itu,aku sudah terlewat bangun,mujur solat subuh sudah ku selesai tetapi oleh kerana kepenatan dari bekerja semalamnya,aku terlajak sambung tidur sesudah solat subuh.Sedar-sedar dah jam 9.30pagi.Maknanya aku hanya ada 30 minit untuk bersiap.Hari Sabtu yang padat dengan jadual.Kebetulan mak mentua pun nak ikut sama.Pagi itu,aku harus ke kiosk niagaan kerana seorang staff bercuti.Dalam masa yang sama harus hadiri 2 kenduri pagi itu…Sebab itu mak mentua nak ikut serta,kenduri saudaranya.Sejak akhir-akhir ini ramai yang suka anjurkan kenduri di sebelah pagi.Maka dengan sepantas kilat aku bersiap seadanya.Selesai mandi,aku berpakaian kemudian teringat nak bawa wang siling ke kiosk.Percayalah..kalau berniaga kiosk seperti aku,duit silling memang yang paling utama.Sedang mengira duit silling suara suami kedengaran mengarah aku cepat kerana dia juga ada urusan pagi itu.Selesai mengira aku terus capai hp yang sedang di charge,croosbody Gucci bag dan bag telekung masuk ke kereta.Waktu ni,mak mentua dan suami sudah berada dalam kereta,mereka hanya menunggu aku sahaja.”Ok,siap..lets go!”
Destinasi pertama,kami ke tempat urusan suami,aku dan mentua tunggu di dalam kereta.Aku seperti biasa,tangan memegang hp menjawab balas whatsapp,pm, message dari klien. Selesai urusan suami,kami ke rumah kenduri pertama.Dalam perjalanan ke kenduri aku tidak perasan pun sesuatu yang pelik sehingga bila hampir ke rumah kenduri,aku tunduk ke bawah konon nak perbetulkan tudung shawl,tiba-tiba aku baru perasan yang sepanjang perjalanan pagi itu aku tidak bertudung kecuali memakai anak tudung ninja pendek.Aku mula panik..tanya pada suami dia juga tidak perasan yang aku tidak bertudung..mentua lagilah tak perasan.Hati mula gundah gendala.Mujur aku memakai anak tudung jika tidak...
Aku mengambil keputusan untuk tidak keluar dari kereta ke rumah kenduri.Aku sanggup tunggu mereka dalam kereta.Seperti biasa,pasti ada suara-suara sumbang..”Alaa…tak apa laa..bukan orang perasan pun.Lagipun dah tutup rambut,kan.” Aku hanya mendiamkan diri dengan keputusan aku sendiri.Tapi dalam hati berkata.."Ya orang tak perasan tapi Allah tahu."Mereka keluar ke rumah kenduri dan aku masih di kereta memikirkan bagaimana aku boleh terlupa memakai tudung.10 minit kemudian,suami datang balik ke kereta tanpa mentua.Menurut suami,dia mahu bersama saudara jauhnya,tengahari baru suami menjemput dia.Aku arahkan suami terus ke kedai tudung.
Masuk ke Bandar,kami mencari kedai tudung,tetapi kebanyakannya masih belum buka di awal pagi.Kedai pertama kami termasuk kedai borong tudung,staff disitu kata tak jual satu tudung kena beli borong.Tak mungkin nak beli borong pulak.kami keluar cari kedai lain.Hingga kami ternampak satu kedai jualan pakaian dan tudung yang baru sahaja dibuka.Aku terus serbu masuk capai tudung yang paling dekat dengan ku tanpa menilai warna atau kualiti seperti biasa aku membeli tudung.Mujur tiada orang lagi masa tu.Menurut petugas kedai,aku adalah kostumer dia yang paling awal pagi tu dengan masuk keadaan tergesa-gesa.Tanpa rasa malu,aku minta petugas tu berikan aku 3 pin untuk tudung shawl ini,mujur dia ada beberapa pin dalam bag nya.Selesai memakai tudung shawl dan buat bayaran,baru aku keluar dari kedai itu dengan tenang dan aman.Seolah tiada perasaan berdosa atau malu.Tersenyum aku masuk ke kereta dan suami juga senyum melihat gelagat aku yang tenang.
Berani aku katakan bahwa tudung ini telah menyelamatkan dari API NERAKA.
Aku bukan pemakai tudung,tetapi aku adalah PENUTUP AURAT.Aku tidak sahaja memakai tudung kerana fashion atau ikut-ikutan,sejak usia remaja lagi menutupi aurat adalah pakaian aku.
Walaupun aku memakai anak tudung ninja,tetapi aurat aku masih kelihatan kerana ianya tidak lengkap dalam pemakaian menutup aurat ku.
Sekali lagi ingin aku tegaskan,aku bukan menutup rambut,aku menutup AURAT.Aku bukan menutup rambut kerana rambut aku tidak cantik atau aku malas nak berdandan rambut,tetapi kerana aurat.Menutup aurat adalah tuntutan dalam Islam.Menutup aurat adah simbol bahwa wanita di angkat darjat yang tinggi kerana menutup aurat.Inilah yang membezakan antara wanita Islam dan yang bukan Islam.
Jika di lihat dari nilai sehelai tudung shawl yang hanya berharga RM10,tetapi setidaknya ia mampu menyelamatkan aku dari azab API NERAKA. Kerana itu,aku berterima kasih pada tudung Rm10 ini dan aku mampu mengharungi hari-hari ku dengan tenang.