Anak dara sekarang pemalas di dapur ke?
Anak dara sekarang pemalas di dapur ke? Lain yang di suruh buat,lain pula yang dia buat..pemalas betul.
Kurang asam atau pemalas kah anak gadis ini? Jawapan saya..Ya memang dia pemalas.
Kurang asam punya anak dara..aku suruh goreng cucur jer..dia pi buat macam curros pulak.Ngomel seorang ibu tentang anak gadisnya dalam fb. Bila di tanya ..”Kenapa?”,jawapan si ibu..”Dia malas nak buat bulat dengan tangan,dia ambil plastik masukkan adunan cucur ke dalam plastic macam buat icing kek tu..lepas tu goreng,inilah hasilnya.” “Cucur dengan curros kan tak jauh bunyinya.” Jawab saya dengan soalan.Terdiam si ibu.Janganlah ambil hati sangat ,kita sama-sama memegang gelaran ibu harus saling memahami.
Kurang asam atau pemalas kah si anak dara ni..I bet the differ.
Sebelum menjawab soalan ini mari kita nilai dari segi definasi perubahan zaman. Ya zaman berubah,..Ya manusia makin ke hadapan.Begitu juga dengan anak-anak kita.Mereka membesar mengikut arus zaman.Zaman anak gadis kita dahulu berbeza dengan zaman sekarang,begitu juga di zaman mak-mak kita dahulu.Zaman kita dahulu,kita belajar urusan dapur dari mak tanpa banyak soalan.Bukan tak mahu soal tapi takut nak soal nanti kena ketuk dengan senduk…”Ish kau ni..mak kata jangan potong bawang banyak sangat kenapa degil ni.”Itu dari pengalaman saya sendiri.Saya cuma tanya yang wajib sahaja..”Nak tambah garam lagi ke?”…”Cukup ke gula dalam air ni?”…..”Gulai ni cukup pekat ke?”..soalan-soalan macam ni sahaja yang berani tanya.Tak pernah tanya,”Kenapa buat cucur udang mesti bulat,mama”..Jawapannya mesti senduk di kepala.Maka saya ambil untuk berdiam sahaja dan mengagguk setuju bila masak bersama mama.
Anak dara sekarang malas ke dapur
Bukan malas ke dapur,cuma kita sebagai mak kadang-kadang tidak galakkan mereka masuk ke dapur.Ada mak tu,anak tumpahkan air ke lantai kemudian mak itu juga yang lapkan ,sebab tak yakin anak itu akan lap dengan bersih.Ada pula mak tu,anak tawarkan diri nak tolong,mak tu pula dah kata..” Eh..tak payah tolong,nanti kau masak tak sama macam mak masak.”Mak-mak akan beri kritikan kurang membina bila kongsikan ilmu memasak dengan anak-anak mereka.Kalau memasak ni,kebanyakan ibu-ibu belajar dari mak mereka.Dan mak mereka juga belajar dari mak mereka,begitulah seterusnya. Maka jadilah ia seperti suatu tradisi dan tradisi ini tidak boleh di ubah.Kalau masak cucur udang mesti bulat tak boleh buat bentuk lain melainkan bulat.Kalau nak masak kuih lapis,mesti warna merah dan putih,kalau di tanya kenapa warna merah dan putih,tak boleh ke warna lain,mak akan beri jawapan,”Nenek dulu ajar mak macam tu jadi kau mesti ikut.”Ini sebahagian contoh sahaja.Kerana itu,jarang sekali anak-anak gadis kita masuk ke dapur sekarang ni.
Balik ke soalan pertama tadi,Kurang asam atau pemalas kah anak gadis ini? Jawapan saya..Ya memang dia pemalas.Tetapi PEMALAS YANG KREATIF.Tahukah kalian bahwa orang pemalas lah yang paling kreatif.Mereka tidak mahu lakukan kerja yang mengotorkan,memakan masa yang lama dan kerja yang renyah.Maka mereka harus fikirkan sesuatu yang boleh menjimatkan masa,tidak mengotorkan dan mudah tak perlu membebankan diri ke dapur.Memasak sambil berkarya di dapur.Bukan masakan sahaja yang perlu kreatif,hendak menyediakan bahan-bahan pun kena kreatif.Biarlah mereka hasilkan bakat terpendam mereka itu.
Siapa tahu,pencipta mesin pembancuh kopi(coffee maker) adalah seorang wanita.Mungkin dia juga sudah bosan asyik bancuh kopi setiap pagi dengan cara tradisi,maka dia mula berfikir luar kotak untuk hasilkan sebuah mesin pembancuh kopi.Cuma tekan butang,dah siap pun kopi tak sampai 5 minit.Siapa sangka mesin hasil ciptaan itu telah menguasai dunia dan menjadi alat penting bagi setiap manusia di setiap pagi.Jutawan dah pun wanita ini(maaf nama saya tak ingat.)Jadi kesimpulan disini,biarkan..biarlah anak gadis kita berkarya atau berkreatif di dapur agar suatu hari nanti,karyanya itu akan memudahkan kita semua di masa hadapan seperti mesin pembancuh kopi ini.Biarlah mereka pula membuka ruang lembaran baru untuk tradisi mereka pula.Zaman berubah,kita juga mendidik anak-anak untuk berubah ke arah yang lebih maju dan moden.
Semudah itu jawapan saya untuk di anak gadis ini.Syabas untuk anak gadis kita yang PEMALAS TETAPI KREATIF.