Azam tahun baru atau strategi tahun baru.Jom! lompat..
Apa azam tahun baru you,Intan?
To be frank,saya tiada azam baru untuk tahun2018 ini. Malah saya boleh katakan ,saya tidak pernah ada azam tahun baru sepanjang hidup dan setiap kali tahun baru datang menjelang. Azam tahun baru tiada makna dalam titik hidup saya. Memang pada peringkat awal usia di alam remaja ,saya pernah ada beberapa azam tahun baru,tetapi masuk ke bulan Februari,azam hanya tinggal azam sahaja. Mungkin pada masa itu saya kurang faham makna dan apa itu AZAM.
Ada yang kata,azam itu seperti cita-cita..Apa cita-cita kita di tahun baru? Ada yang kata azam itu seperti impian..Apa impian yang kita mahu di tahun baru. Dan ada juga yang kata azam itu seperti memperbahrui niat kita ke alam tahun baru. Kesemua ini ada kaitan dengan azam. Dan saya juga setuju dengan kesemua maksud azam ini. Tetapi,azam tidak akan menjadi jika kita tidak memasang STRATEGI.Tanpa strategi yang betul,azam hanya akan tinggal sebagai azam sahaj.Tiada usaha dan platform yang kukuh untuk membentuk azam.
Memandangkan saya kurang faham maksud AZAM baru,Apa kata saya buka laluan kepada STRATEGI baru. Tukarkan azam baru ke strategi baru. Ini ialah 4 strategi tahun 2018 baru saya.
Di akhir tahun 2016 saya ,suami dan rakan kongsi memulakan perniagaan franchise ayam goreng di Perak. Sepanjang tahun2017,perniagaan kami ini semakin di kenali dan mendapat sambutan di luar jangkaan. Maka untuk strategi 2018 kami mahu membuka beberapa cawangan dan kuasai beberapa bahagian di sebelah utara.Semenanjung Malaysia.
Di pertengahan 2016 secara kecil saya menjalankan perniagaan handbag prelove dan vintage secara online.Di pertengahan tahun 2017 perniagaan online ini makin memikat dan menjadi perhatian ramai di internet. Setelah berniaga melalui online hampir 2 tahun,strategi seterusnya ialah memiliki sebuah butik vintage untuk pasaran offline pula. Sebelum itu, saya sudah memasang strategi dengan membuat beberapa kiosk kecil di sekitar Perak dan Kuala Lumpur.
Belajar memanah dan bermain drum.Rasanya,sudah 5 tahun saya berazam mahu belajar memanah dan bermain drum,tetapi belum terlaksana mungkin atas alasan kesibukan dan azam tanpa strategi.Kali ini saya bertekad akan laksanakan azam ini dengan memfokus pada strategi. Saya lupa nak tambah,belajar ilmu penulisan. Tiga startegi ini akan menjadi strategi utama saya untuk penuhi. Saya sudah rancangkan 3 strategi ini dengan baik sekali. Belajar ilmu penulisan agar menajamkan gaya penulisan saya.
Bukan tidak pernah syukur dengan apa yang saya ada tetapi kadang-kadang sebagai manusia biasa saya terlupa untuk bersyukur. Saya tidak mahu lagi memandang posisi negative dalam kehidupan saya. Contoh,terbaik,sebelum ini saya terlalu obses dengan berat badan saya yang semakin montel ini,tetapi kali ini saya tidak jadikan ia sebagai satu isu yang negative lagi.Saya akan terima dan redha dengan keadaan berat badan se adanya.Love myself. Saya tidak kisah lagi kata-kata belakang berkaitan saya. Saya mahu melihat semua itu dengan penuh positive.
Sebelum bersedia hadapi cabaran 4 strategi ini,saya doakan segalanya dipermudahkan. Walaupun mungkin hanya 1 atau 3 strategi yang berjaya,Saya tidak akan anggap ini sebagai suatu kegagalan. Setidaknya,hasil ini akan membukti azam tanpa strategi adalah kegagalan sebenar. Kerana....
Kita yang merancang strategi tetapi Allah yang menentukan.
Apakah strategi anda untuk tahun 2018 ini?