top of page

Kecewa dalam bisnes...releks..bisnes itu mudah.


Kecewa dalam bisnes yang belum berjaya,apa yang patut di buat?

Intan,you pernah kecewa dalam bisnes?

Jawapan aku..

Of course,aku pernah kecewa dalam bisnes yang aku ceburi.Kerana niat utama aku adalah HENDAK MEMBANTU ORANG.

What?!!! Apa yang you merepek ni.Kan bagus bila kita berbisnes dengan niat hendak membantu mereka yang memerlukan.

Ya betul,bantu orang itu pahala tetapi bukan dalam bisnes.

………….

Apa yang aku belajar.

Sudah banyak kali aku di kecewakan dalam bisnes,tetapi pengajaran yang pertama inilah yang memberi kesan impak mendalam bagi diriku.

Pembabitan aku pertama kali dalam dunia bisnes ialah membuka sebuah taman asuhan kanak-kanak(Tadika). Dengan pengalaman yang luas dalam bidang ini,di tambah lagi aku pernah mengajar di sebuah tadika antarabangsa dan ketika itu aku adalah guru tadika yang di bayar dengan gaji lumayan.Setelah menimba pengalaman mengajar di beberapa tadika hampir 7 tahun,aku mengambil keputusan membina empayar tadika ku sendiri.Masih mentah dalam dunia bisnes,tetapi penuh dengan pengalaman yang luas dalam bidang pra-pendidikan aku tekad dan berniat mahu membantu kanak-kanak yang memerlukan khidmat aku.Jika di kaji dengan pengalaman aku yang pernah mengajar di sekolah tadika bertaraf antarabangsa,yuran nya mahal kerana silibus pengajaran yang teliti.Aku membabik dada mengatakan silibus aku adalah yang terbaik dan setaraf dengan tadika terkenal.Dengan silibus yang setaraf tadika terkenal,aku kenakan bayaran yuran pada ibubapa adalah yang termurah kerana niat hendak membantu.Niat aku mahu membantu anak-anak mereka merasai pelajaran bertaraf antarabangsa dengan kadar yuran termurah agar ibubapa gembira.Begitulah niat aku…suci sungguh niat aku ketika itu.

Tetapi dengan niat itulah aku kecewa..kecewa yang amat besar.Aku kecewa kerana lagi banyak aku membantu,lagi banyak kerugian yang aku alami.Bertambah beban aku dalam bisnes tadika sebanyak mana aku membantu.Tahun pertama,tiada sangat kesannya,tetapi masuk tahun ke-2 dan seterusnya,makin terbeban aku rasa.Dan aku tidak pernah bertukar niat,selama 7 tahun dalam dunia tadika,setiap kali azam tahun baru,aku cekalkan niat yang sama iaitu membantu.Dengan niat membantu,aku berazam mempunyai empayar tadika besar.Itulah azam aku setiap kali masuk tahun baru.Kesannya,lagi aku membantu lagi besar kesan kerugian aku alami.Aku kerugian dari segi kewangan.Yuran tidak ku naikkan,malah peralatan aku naikkan taraf.Aku kerugian dalam pengurusan tadika,terpaksa catukan pengambilan guru yang berpengalaman kerana gaji mereka yang mahal,terpaksa ambil guru tiada pengalaman,aku boleh bantu mereka dengan pengalaman aku sendiri tetapi aku penat sebenarnya.Kerugian meyakinkan ibubapa mendaftar anak-anak mereka ke tadika ku,mereka tidak yakin dengan silibus aku.Selama 7 tahun aku mengalami kerugian,hidup terumbang ambing hanya kerana niat hendak membantu orang melalui bisnes.Akhirnya,kerana niat hendak membantu aku terpaksa tutup tadika dengan perasaan penat,letih dan kecewa.

Itulah kekecewaan yang aku alami 10 tahun yang lalu.Kini aku tahu mengapa tadika aku tidak berjaya.Baru hari ini aku faham mengapa tadika aku kecundang.Ini adalah kerana istilah niat mahu membantu orang tiada dalam kamus BISNES@PERNIAGAAN.Jujurlah pada diri sendiri,adakah kita mulakan bisnes kerana niat hendak membantu?Atau kita berniaga kerana mahukan sesuatu balasan dari mereka iaitu wang atau duit?Ya,jujurnya kita berbisnes kerana wang,niat hendak membantu hanya di bibir bukan dari hati.Kita berbisnes kerana mahu menaik taraf kehidupan yang memerlukan WANG.Kita berbisnes kerana mahu memiliki sesuatu IMPIAN.Jangan menidakkan 2 perkara penting dalam kehidupan kita iaitu WANG dan IMPIAN.

Moral of the story,berbisnes lah kerana Wang dan Impian,jangan berbisnes kerana mahu membantu sesama manusia.Dengan adanya wang,niatlah..berapa banyak ZAKAT yang kita mahu bayar?Berapa banyak SEDEKAH yang kita mahu hulurkan?Berapa banyak harta yang mahu kita WAQAF kan dan berapa cekal hati serta iman kita mahu INFAQ kan harta kepada yang lebih memerlukan?Niatlah empat perkara ini sebelum memulakan bisnes.Insyallah,akan dipermudahkan Allah.

Perbahrui niat dalam perniagaan.Berniaga itu mudah.Tepuk dada tanya iman.Itu yang aku belajar dan aku sudah pun perbahrui niat dalam perniagaan..kalian sudah kah?


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page