Are you serious?!
Are you serious,Intan?
Boleh ke you and anak-anak tinggal di kampong ni?
You nak buat apa di sana nanti?
Mendengar keluhan dari sahabat membuat saya tersenyum.Mereka tidak sangka bahawa saya dan suami mengambil keputusan untuk meninggalkan kehidupan kami di Bandar Metropolitan Kuala Lumpur dan berhijrah ke kampong suami di Tanjung Piandang. Pertama kali mendengar nama kampong suami,saya terfikir..Ya Allah…tempat jin bertendang ke ni? Pertama kali dia bawa saya berjumpa dengan ahli keluarganya saya terfikir..Eh..Ulu sangat la kampong bakal suami aku ni. Malah saya pernah bercerita pada seorang sahabat pengalaman pertama saya masuk kampong bakal suami,masih teringat kata-kata saya padanya,”You nak tahu Saanthi…kampong dia..dah la masuk pekan kecil..masuk belakang pekan ada jalan kecil,lepas tu jauh masuk ke dalam ulu..ulu..ulu lagi.Kalau google,memang tak jumpa lah.”Ketawa besar kami ketika itu.Nama Kampung Tanjung Piandang pun dah pelik bagi saya ketika itu.Tak pernah dengar pun.Kini,bukan lagi ulu buat saya,Inilah tempat saya bersama suami untuk membesarkan dua orang anak kami yang sedang meningkat remaja.
Bukan suatu kejutan buat kami untuk mengambil keputusan berhijrah ini.Di awal perkahwinan kami,saya boleh mengagak bahawa suatu hari nanti kami akan pindah ke sini.Malah kami berdua kerap juga berbincang untuk kembali ke kampong bila tiba masanya.Kami berbincang tentang ekonomi dan bagaimana kami boleh berjimat dari segi kewangan.Dan ketika itu,saya sudah bersedia mental dan fizikal untuk bakal penghijrahan ini.Sebenarnya,saya bersifat terbuka,kerana saya membesar dan kebanyakan masa remaja saya di luar negara bersama keluarga.Kami sudah terbiasa dengan suasana keluar dari Zon Selesa.Zaman kanak-kanak kami di USA(Daytona Beach,Florida) dan zaman remaja pula di UK(Loughborough,Englan).Jadi berhijrah ke suatu tempat baru bukan satu kejutan budaya buat saya.I am like,all open minded.Let’s Go and move on!
Cuma ketika itu,kami belum bersedia kerana suami masih menjalankan perniagaannya yang sedang meningkat naik ketika itu.Hanya selepas,arwah bapa mentua meninggal kira-kira dua tahun lalu,baru kami serious untuk berpindah.Awalnya,kami cadang nak bawa mak mentua tinggal di Kuala Lumpur bersama kami,tetapi mak lebih selesa tinggal di kampong kerana dia rasa lebih dekat di hati bersama jiran sekeliling yang saudara maranya juga dan masih mengusahakan sawah.Hampir dua tahun juga kami pujuk serta berulang balik setiap minggu menziarahnya di kampong,sehingga kami beralah.
Di masa yang sama,kami baru mengusahakan sebuah restoren.Agak mencabar juga bagi kami untuk buat keputusan .Langkah pertama,kami daftar sekolah anak bongsu di kampong.Alhamdulillah,walaupun dia kurang setuju tetapi dia akur dengan keputusan kami.Maka anak bongsu tinggal di kampong bersama Tok Bunga(panggilan anak pada mak mentua).Selang beberapa bulan,anak gadis kami pula menyusul.Kami masih di Kuala Lumpur menguruskan retoren.Terfikir juga oleh saya bagaimana kami hendak mencari rezeki di kampong nanti.Saya tidak pandai bersawah mahupun melakukan kerja-kerja kampung. Suami pula,sudah lama tinggalkan kerja-kerja ini.Tetapi saya yakin,bila kita berniat mahu menjaga orang tua,pasti Allah permudahkan urusan kita.
Saya masih menjalankan bisnes online.Yang terbaru bisnes online yang saya jalankan adalah menjual barangan vintage yang di beri nafas baru.Bisnes ini amat dekat dengan jiwa saya,maklumlah saya ni old school.Suami pula di beri peluang pekerjaan yang dekat di hatinya.Seolah-olah perancangan telah di atur begitu indah sekali buat kami.Perancangan dan peraturan Allah lebih baik.Insyallah semoga penghijrahan kami ini akan merapatkan hubungan kami bersama keluarga disini dan mendapat keredhaan Allah.Doakan kejayaan kami PARIT BUNTAR PERAK.