top of page

Buat kali pertama aku telah jatuh sayang pada gadis Vintage bernama Intan.


Aku berdiri kaku saat terserempak dengan jiran ku.Aku tergamam.Terbayang kembali insiden 2 malam lalu.

“Hei bro…minah mana you jemput ni.Pakaian kelakar aku tengok.Ini macam baju mak aku zaman muda dia,bro..hahaha.”

“OMG…what an ugly outfit.Hello sis,kita dah tak pakai baju macam ni la.This is sooo yester years.Hahaha.”

Hans dan Julia mengkritik sinis pakaian Intan dalam majlis di rumah aku malam itu.Aku merasa sangat malu.Apakan tidak,Intan berpakaian pelik.Seperti zaman nostalgia dengan baju berwarna terang. Seluar bell bottom pastel.Di tambah dengan hiasan rantai yang besar.

“Where the hell did you get this outfit from?” Tanya Julia secara sinis.

“Owh..Ini baju mak saya masa dia muda dulu.Nak tahu baju ni ada sentimental value,sebab baju ni lah dia pakai semasa ayah saya melamar dia dulu..” Intan jawab sejujurnya.Riak wajah bangga memakai pakaian hari bertunang maknya.

Mendengar jawapan jujur dari Intan,berderaian ketawa mereka.Bertambah gila mereka ketawakan Intan.Aku berasa amat malu.Lalu aku menarik lengan baju Intan ..

“Jangan tarik kuat sangat bro,nanti terkoyak baju tu..Iya lah..baju lama.”Bertambah deraian ketawa mereka.Aku marah dalam hati.Aku tarik Intan ke luar pagar rumah.

“Eh..Kenapa awak datang pakai baju macam ni.Malu lah saya?.“ Aku malu dan gelisah.

“Kenapa pulak?Elok apa baju ni.”

“Ish..Aku tak faham la kenapa kau suka sangat pakai baju lama-lama..baju yang buruk macam ni. Kau ..kalau nak datang majlis aku,jangan la pakai macam ni.Ini bukan zaman 70-an..Zaman dah berubah..dah maju..tapi tengok cara engkau berpakaian ..Ish…memalukan lah.engkau bukan orang tua nak pakai macam ni.Kau orang muda..Cuba up to date sikit cara pakaian tu.Dah la..kau tak payah datang lah ke majlis aku ni.”

Aku biarkan Intan berdiri di depan depan pagar.Aku berpura-pura tidak mengenali jran ku itu.Aku masuk ke dalam,dari situ aku lihat Intan melangkah perlahan pulang ke rumah yang berhadapan dengan rumah ku.Mereka masih ketawakan Intan.Mereka ketawa melihat kelainan Intan.Aku hanya berdiam.

Aku melangkah perlahan dengan tiba-tiba dia tersedar dengan kehadiranku. Kami saling bertentangan mata.Kami terdiam.Dia mengalih pandangannya.Ketika itu aku bersuara..

“Intan..awak buat apa disini?.”

Terasa sangat soalan bodoh,kalau dah berada di kedai bakery mestilah beli roti..bisik hatiku.

“Beli roti untuk makan malam nanti.’

Jawabnya ringkas, suara perlahan.Mungkin masih terasa lagi dihatinya kata-kata ku pada malam itu. Dia mengalih untuk berlalu pergi. Aku menahan dia.

“Intan….nanti dulu..sebenarnya saya nak minta maa…”

“Tak mengapa Amir,..saya faham..Apa yang awak kata malam tu memang benar.Siapalah saya ni kan? Saya memang tak layak jadi kawan awak. Saya memalukan awak.Nanti apa pulak kata orang. Awak layak berkawan dengan orang yang up to date.Yang memiliki status ..yang setaraf dengan status awak sebagai excutive. Saya ni old school..old fashion..ketinggalan zaman kata orang.Sebenarnya saya yang patut minta maaf pada awak kerana memalukan awak malam tu.Percayalah,saya tak ada niat hendak memalukan awak..Saya cuma mahu berkawan sahaja. Saya janji lepas ni,saya tak akan ganggu awak lagi.Ok dah lambat ni,saya pergi dulu….Assalamualaikum.”

Dia senyum dan pergi meninggalkan aku keseorangan .Aku tergamam.Aku terdiam.Aku terpaku dengan penjelasan dari Intan.Buat pertama aku termalu sendiri.Buat pertama kali aku rasa kesepian .Buat kali pertama aku telah jatuh sayang pada gadis Vintage bernama Intan.

Sambung………


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page