top of page

Kena banyak bersabar.


Berurusan di perkhidmatan awam di Parit Buntar memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.Mengapa aku kata begitu? Jawapannya ada di bawah.

Ya,berurusan dengan perkhidmatam awam disini memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.Kalau sesiapa yang tidak ada tahap kesabaran itu,maka perlu belajar untuk bersabar.Dua pengalaman aku berurusan dengan perkhidmatan awam disini.

Senario pertama.

Aku ke sebuah bank kerana mahu tukar cheque ke tunai.Sampai di kaunter pelanggan,aku di beri arahan agar ke tingkat 1 untuk urusan ini.Aku di beri nombor giliran.Sampai di atas,aku dapati tidaklah begitu ramai orang di kaunter pertukaran cheque.Melihat pada nombor giliran hanya dua orang sebelum giliran aku.Dalam kepala dah budget masa mungkin 5 minit pasti giliran aku.Sangkaan ku salah,kaunter bertugas mengambil masa 15 minit.aku hairan mengapa kaunter bertugas mengambil masa yang lama melayan pelanggan yang datang hanya untuk tukar tunai.Ianya tidaklah sesukar mana.

Kalau di KL,cepat sahaja kaunter bertugas buat kerja.Tekan-tekan butang computer,keluar wang tunai beri pada pelanggan dengan senyuman”Terima kasih,puan datang lagi.”,dah siap.Tak sampai 5 minit pun.Tapi disini lamanya.

Aku bingkas bangun dari kerusi menunggu ke kaunter pelanggan.Ternyata ianya membuat aku bertambah geram dalam hati.

“Semalam anak pak cik dari Kolumpo balik.”

“Tu ka,pak cik.Amboi…seronok la,pak cik.”

“Hehehe…boleh tahan riuhlah ghumah pak cik.Dah lama tak meriah macam tu…bla..bla..bla..”

Eh..Eh..meyembang pulak petugas ni dengan pak cik tu.Kalau nak meyembang,balik rumah la .Bisik hati ku.

Begitu juga lah dengan pelanggan sebelum aku.Hampir 20 minit baru giliran ku.

Senario kedua

Aku ke Pejabat Pos Parit Buntar atas urusan menukar alamat mengundi disini.Seperti biasa,urusan ini tidak akan memakan masa yang lama.tetapi sangkaan ku salah lagi.

Kalau ikutkan hati yang kurang sabar,mahu saja aku buat onar di kedua-dua tempat awam ini.Layanan khidmat awam disini berlainan dari Bandar besar Kuala Lumpur.Di Kuala Lumpur layanan mereka lebih padat,efisen dan mesra.Hanya dua ucapan ini mereka amalkan.”HAI,BOLEH SAYA BANTU ANDA.” Dan “TERIMA KASIH KERANA MENJADI PELANGGAN KAMI,JUMPA LAGI.”Yang penting,SENYUM.Dua ucapan ini sudah melengkapi tugasan mereka.Seterusnya,kepada pelanggan yang lain.Tetapi tidak disini.Mengapa ya? Itulah menjadi tanda soal dan baru kini aku menemui dua jawapan.

Jawapan Pertama

Kerana disini life is simple.Life is easy going.No rush..relax.Disini tiada istilah AKU SEDANG MENGEJAR MASA.Disini,kita tidak terkejar masa mahu satu tempat ke tempat lain untuk elak kesulitan trafik jem,meeting dengan pelanggan atau elak dari saman parking.Maka kehidupan lebih teratur dan releks.Rasanya mungkin tiada juga istilah STRESS.

Jawapan Kedua

Masyarakat di pekan yang sederhana besar ini mempunyai sifat KEKITAAN.Mereka mengambil kesah atau tahu akan apa yang berlaku di sekeliling mereka.Kehidupan mereka saling mengenal antara satu sama lain kerana semangat KEKITAAN mereka ini.Contoh,mereka yang bertugas di khidmat awam mungkin mempunyai pelanggan dari jiran mereka atau mempunyai tali persaudaraan denga pelanggan atau mungkin rakan sepermainan mereka.Kehidupan mereka di keliling oleh orang yang mereka saling kenali.Maka tidak hairan jika ada yang mengambil masa sedikit dengan pelanggan untuk bertanya khabar.Cara ini lebih dekat di hati.

Maaf jika dua jawapan aku ini menyinggung perasaan .Tiada niat langsung untuk menyinggung mana-mana pihak.Ini hanyalah pandangan peribadi aku yang melihat dari sudut mata kasar sendiri. Dan sememangnya,aku mulai suka akan suasana begini.Mungkin disinilah temat yang Allah telah tetapkan untuk aku dan keluarga.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page