Karnival Masyarakat Etnik Pulau Pinang 2017
Baru-baru ni,admin telah menerima jemputan sebagai tetamu bagi memeriahkan majlis makan malam Karnival Masyarakat Etnik Pulau Pinang pada 1 April 2017 di Persiaran Karpal Singh.Sejujurnya,admin adalah etnik Rawa@Rao.Masih ada saudara mara admin yang tinggal di Pulau Pinang.Mari kita baca tentang etnik di Pulau Pinang.Dirasmikan oleh YB.Dato’ Haji Mohd.Rashid bin Hasnon Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.Kerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
Karnival Masyarakat Etnik Pulau Pinang menjadi simbolik kepada perpaduan etnik di Pulau Pinang seterusnya menonjolkan keunikan setiap etnik ini.Platform ini jugs Berjaya menghimpunkan 10 etnik seperti melayu,Cina,India,Singh,Rawa,Jawi Peranakan,Siam,Baba Nyonya,Liga Pakistan dan India Muslim berganding bahu memperkenalkan keunikan budaya etnik masing-masing.
Walaupun setiap etnik mempunyai latar belakang social kaum dan kepercayaan yang berbeza,namun ia tidak menjadi halangan untuk bersatu padu yang menjadi asas kepada perpaduan nasional.Karnival Masyarakat Etnik Pulau Pinang secara langsung dapat meningkatkan kekuatan jati diri dalam kalangan masyarakat.
Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat negara ini bagi mengekalkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara dapat berjalan rancak tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara etnik.Sesungguhnya kecemerlangan sesebuah negara adalah berteraskan kepada ikatan dan persepakatan antara semua kaum dan mengekalkan elemen perpaduan serta intergrasi dalam mewujudkan keharmonian semua etnik di Malaysia.
MELAYU
Orang Melayu dari segi lahiriah biasanya berkulit sawo matang,berbadan sederhana dan tegap sikap lemah lembut serta berbudi bahasanamun begitu orang Melayu sering berubah dan berkembang bergantung keadaan dan kepentingan.Dari segi budaya definasi Melayu meliputi penduduk kawasan yang lebih luas iaitu gugusan pulau-pulau Melayu terdiri dari Malaysia,Indonesia,Filipina dan lain2nya.
Melayu dirujuk sebagai penduduk peribumi yang bertutur dalam Bahasa Melayu,beragama Islam dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu.Tetapi dari segi definasi budaya(culturl definition)Melayu itu merangkumi seluruh penduduk peribumi di dunia.Melayu (Nusantara dalam pengertian di Malaysia),iaitu penduduk serumpun tidak kira agama,bahasa dan adat istiadat.
Melayu dikatakan berasal dari Sumatera dan di Malaysia terdapat banyak pecahan suku Melayu seperti Banjar,Boyan,Bugis,Jawa,Kampar,Kerinci,Mendaling,Minangkabau,Rawa dan Riau.
CINA
Terdapat dua gelombang penghijrahan masyarakat Cina ke negara ini.Gelombang pertama berlaku pada abad ke-15 di mana perkahwinan antara Sultan Melaka,Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po yang membawa penghijrahan golongan bangsawan serta pengikut ke Tanah Melayu.
Pada abad ke-19&20 berlaku gelombang kedua penghijrahan penduduk terutamanya dari Fujian,Guang Dong,Guang Xi, dan Hainan berikutan pembukaan penempatan kawasan bijuh timah di Selangor dan Perak oleh British berikutan Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah.
Masyarakat Cina amat kuat berpegang kepada kebudayaan,kepercayaan serta tradisi dan mengekalkan ciri-ciri tersebut sehingga kini.Di Malaysia etnik Cina dipecahkan kepada tiga kelompok yang besar iaitu Hokkien,Kantonis dan Hakka.
Tarian Tradistional Etnik Cina.
INDIA
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu etnik yang telah menyumbang kea rah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita.Seperti masyarakat lain,masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut hingga kini.
Orang-orang India telah datang berniaga ke Malaysia sejak 2000 tahun lalu.Perolehan negeri-negeri Selat oleh pihak British telah membuka aliran masuk kaum ini dalam pelbagai sector seperti perdagangan,pembinaan,pertanian dan lai-lain.
Masyarakat India menyapa dengan sebutan “VANAKAM” dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan,kerja,perniagaan dan sebagainya.Tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan serta mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah.Jika menerima sesuatu elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.
Etnik India.
SIKH
Di Malaysia masyarakat Sikh merupakan sub-golongan etnik India yang dianggarkan sekitar 70,000 dan berasal dari wilayah India Utara.Pulau Pinang dan Singapura merupakan dua buah negeri yang menjadi tumpuan awal komunitiminoriti Sikh semasa pemerintahan Kolonial British di Tanah Melayu.
Masyarakat Sikh juga berkembang dengan beberapa factor seperti perkahwinan,makanan,pakaian,social serta ekonomi.Masyarakat Sikh menjadikan Gudwara sebagai pusat menjalankan pelbagai aktiviti seperti perkahwinan selain rumah ibadat.
Lima K atau panj kakaar/kakke ini merupakan kewajipan perlu dipakai sepanjang masa iaitu Kesh(rambut yang tidak di potong),kanga(sikat),kara(gelang di tangan kanan),kara(gelang di tangan kiri),kirpan(pisau kecil),dan kachha9seluar dalam pendek).
Etnik Sikh
RAWA
Sejarah orang Melayu Rawa atau di kenali sebagai Rao berasal dari satu daerah kecil di Sumatera Barat,Indonesia.Pekerjaan utama mereka adalah sebagai pedagang,petani,pelombong,dan mahir dalam bidang keagamaan.Kerancakan aktiviti perlombongan emas dan bijih timah di abad ke-17 dan 18Masihi telah mendorong sebahagian besar suku kaum Rawa ke Tanah Melayu melalui negeri-negeri Selat(Singapura,Melaka dan Pulau Pinang).
Makanan yang paling popular dalam etnik Rawa adalah Kelamai yang diperbuat daripada tepung,santan dan di bakar dalam buluh.Etnik Rawa banyak menggunakan santan dan asam limau dalam masakan.Antara resipiyang popular ialah Asam Purut,Asam Dagieng,Asam Torong dan Asam Koli.
Masyarakat Rawa memang amat dikenali dengan sifat mahabbah di mana amat mementingkan ikatan silaturahimsesama insan,Kini masyarakat Rawa di Malaysia disatukan melalui satu pertubuhan yang dinamakan Jalinan Anak Rao(JARO).
Demostrasi Asam Porouit makanan Etnik Rawa
JAWI PERANAKAN
Masyarakat Jawi Peranakan adalah sebuah masyarakat yang sudah lama wujud di Pulau Pinang,iaitu sekitar tahun1700.Pembentukan Jawi Peranakan Pulau Pinang bertitik tolak daripada perkahwinan campur wanita Melayu tempatan dengan lelaki Arab,India Muslim,Benggali,Punjabi,Gujerat dan Afghani.Masyarakat Jawi Peranakan gemar menggunakan nama Merican,Maideen,Shaikh,Kader,Habib,Bee dan Begum.
Meskipun etnik ini mengalami proses integrasi dan lokalisasi setelah lama bermastautin di Pulau Pinang,namun mereka masih mampu memelihara budaya idiosinkratik yang menonjolkan keunikan etnik Jawi Peranakan.Antara keunikan yang paling menonjol ialah tarian Boria.
Masyarakat Jawi Peranakan ini memainkan peranan oenting dalam perkembangan sejarah tempatan selama lebih dua ratus tahun dengan mendominasi pelbagai bidang seperti keagamaan,kesusasteraan,perniagaan,perdagangan,perkapalan,pendidikan,politik dan perundangan.
Etnik Jawi Peranakan
SIAM
Masyarakat Siam dipercayai berada di Pulau Pinang seawal 1793 yang datang dari Wilayah Selatan Thailandiaitu Songkhla dan Nakhon Sri Thammarat.Ini dibuktikan dengan surat yang di tulis oleh Francis Light kepada Syarikat Hindia Timor Inggeris pada tahun 1793 mencatatkan terdapat lebih kurang 100 orang berketurunan Siam dan Burma menetap di Pulau Pinang.
Jumlah masyarakat Siam di Pulau Pinang hingga kini dianggarkan dalam lingkungan 400 orang majoritinya adalah beragama Buddha dan masih mengekalkan adat resam yang lebih cenderung kepada keagamaan.Kini terdapat 7 buah wat atau rumah ibadat masyarakat Siam di Pulau Pinang dan menjadi tumpuan ketika sambutan perayaan atau upacara keagamaan.
Masyarakat Siam di Pulau Pinang masih mengekalkan seni wrisan mereka hingga ke ahri ini.Persembahan menorah,wayang kulit,ramvong dan ram klongyau masih mendapat sambutan.Seni warisan ini sering dipersembahkan dalam majlis-majlis perkahwinan,loykratong,songkran,majlis perasmianwat,sambutan tetamu kehormat dan majlis keagamaan.
BABA NYONYA
Peranakan ataulebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya adalah kaum Cina yang unik kedudukannya dalamkalangan kaun Cina di Malaysia.Etnik ini telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengekalkan tradisi Cina tetapi mengikut budaya tempatan.Keunikan budaya etnik Peranakan ini turut di pengaruhi oleh budaya Melayu,Portugis,Belanda dan British.
Budaya Baba dan Nyonya di Pulau Pinang agak berbeza daripada yang di Melaka,Medan,Singapura atau Kota Bharu.Jika terdapat sekumpulan Nyonya dan Baba di Melaka yang bercakap secara eksklusif Melayu,di Pulau Pinang kaun ini bercakap menggunakan campuran bahasa Hokkien,Melayu dan Inggeris.
Keunikan etnik ini juga dapat dilihat dalam masakan serta terdapat sedikit perbezaan dengan etnik yang sama di negeri lain yang disebabkan oleh kedudukan geografi dan factor berbeza.
Etnik Baba Nyonya
LIGA PAKISTAN
Penghijrahan etnik ini di Pulau Pinang adalah dibawa oleh British sebagai anggota keselamatan dan jugadi antara mereka datang sebagai pedagang tekstil yang meluas empayar perniagaan dan akhirnya terus menetap di Pulau Pinang.
Malayan Pakistani League ditubuhkan pada tahun 1950 untuk keperluan keluarga keturunan Pakistan di Pulau Pinang.Antara tujuan ialah untuk menyatukan ahli-ahlinta di Pulau Pinang dan mengurus keperluan pendidikan,keagamaan serta kebajikan di kalangan keluarga ahli-ahli mereka.
Pada tahun 1954,ahli-ahlinya giat beruhasa untuk membelisebidang tanah di George Town melalui derma ahli-ahli bagi mendirikan sebuah bangunan dan masjid untuk menjalankan aktiviti li serta urusan keagamaan.Hasilnya,terbinalah sebuah masjid yang dinamakan Masjid Pakistan yang menjadi pusat bagi pelbagai aktiviti.
Etnik Liga Parkistan
INDIA MUSLIM
Kedatangan India Muslim dari Selatan India bermula pada kurun ke-10 gugusan Kepulauan Melayu melalui Samudera kemudian berhijrah ke semenanjung Tanah Melayu.
Dalam konteks Asia Tenggara,istilah MAMAK merujuk kepada masyarakat India Muslim.Perkataan Mamak bermaksud bapa Saudara sebelah ibu.Apabila perkataan ini diserapkan masuk ke dalam bahasa tempatan,istilah mamak membawa maksud baru iaitu panggilan hormat untuk orang yang lebih tua dan tidak dikenali.
Kemasukan Mamak atau India Muslim ke Tanah Melayu sehingga kini mempengaruhi sosio budaya dan ekonomi masyarakat tempatan.Adat perkahwinan dalam masyarakat India Muslimbermula pada malam berinai yang dikenali sebagai Mehndi dan acara ini menjadi kemestian buat pengantin perempuan,malah turut dilangsungkan oleh pengantin lelaki.Nasi Kandar juga merupakan anatara makanan yang telah lama diperkenalkan oleh masyarakat India Muslim di Malaysia terumatanya di Pulau Pinang.
Etnik India Muslim
Semoga siratulrahim ukhwah ini berkekalan selamanya.
Saya anak Malaysia!
YB Dr.Dato' Mujahid Yusor Rawa dari etnik Rawa
Bersama YB Dato' Haji Mohd Rashid bin Haron Timbalan Ketua Menteri 1 di meja VVIP
Kami bangga menjadi Anak Malaysia!
Anda anak Malysia sila komen dan share.