top of page

Kasut Seringkali Rosak Walau Dipakai Dengan Baik? Ikuti Tip Dan Cara Penjagaan Untuk Kasut Kulit


Setiap dari anda sudah semestinya mempunyai sekurang-kurangnya sepasang kasut kulit, tidak kira lelaki mahu pun wanita, ianya sering kali digunakan untuk majlis-majlis formal, seperti sewaktu bekerja, atau ada juga kasut kulit yang boleh digunakan untuk aktiviti casual, seperti kasut Dr Marten. Dalam membeli atau memilih kasut, sudah pasti anda membuat pilihan yang sebaik mungkin, maklumlah, untuk memakai kasut ini, bukanlah dalam beberapa minggu sahaja, kalau boleh, biar kasut itu bertahan lama. Namun begitu, jika hanya pandai memilih kasut yang berkualiti, tetapi tidak tahu bagaimana untuk menjaga kasut kulit dengan baik, ianya hanya sia-sia sahaja, kerana mungkin jangka hayat kasut itu tidak dapat bertahan lama. Jadi, admin ingin kongsikan, beberapa tip penjagaan kasut kulit yang boleh dipraktikkan.

Tips Dan Cara Penjagaan Kasut Kulit Pemakaian kasut kulit mampu mengubah penampilan seseorang. Namun begitu, jika kasut kulit tersebut tidak di jaga akan cepat rosak. Di bawah beberapa tip atau panduan bergunayang boleh diamalkan oleh pengemar kasut kulit agar kasut kulit yang dimiliki sentiasa kekal terjaga. 1. Kasut Kulit tidak boleh di pakai setiap hari, Sekiranya hari ini anda memakainya, Keesokan harinya, ia perlu direhatkan dan gunakan kasut yang lain pula.

2. Kasut kulit memerlukan penjagaan yang lebih rumit berbanding kasut biasa. Ia boleh dibersihkan dengan berus lembut atau dengan kain yang bersih. Untuk menyimpannya ia perlu diletakkan dengan pengeras kasut untuk mengekalkan bentuknya. 3. Masa terbaik membeli kasut adalah sebelah petang kerana ia ‘mengembang’ lima hingga lapan peratus pada ketika itu.

4. Elakkan kasut kulit terkena sinaran matahari yang keterlaluan kerana ia boleh merosakkan warnanya.

5. Sekiranya kasut kulit basah, keringkan ia dengan menekap kertas untuk mengeluarkan airnya, selepas itu biarkan ia kering sendiri.

Sudah tahu bagaimana hendak menjaga kasut kulit, mungkin selepas ini anda boleh menggunakan kasut kulit anda dengan lebih lama. Jadi, bolehlah berjimat sedikit dalam membeli kasut sahaja. Jom kita bergaya dengan penjimatan


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page