top of page

GANGGUAN  SEKSUAL TIDAK BOLEH DI TERIMA.


GANGGUAN SEKSUAL TIDAK BOLEH DI TERIMA.

Sempena Hari Buruh kami kongsikan ilmu tentang Gangguan Seksual di tempat kerja anda.Sila baca dan ambil informasi ini sebagai serious kaum wanita dan juga lelaki.

Apakah Gangguan Seksual?

Gangguan seksual adalah sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan mengakibatkan gangguan sama ada secara lisan,bukan lisan,visual,psikologi atau fizikal.

Kod amalam untuk mencegah dan membasmi Gangguan Seksual di tempat kerja.(Kementerian Sumber Manusia,1999)

Contoh-contoh gangguan seksual termasuk;

  • Sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk,meraba,mencubit,menyondol,mencium,serangan seksual.

  • Komen tentang tubuh anda,memerhati,bersiul,hinaan,berbentuk seksual,sentiasa mengganggu mengajak anda keluar.

  • Mempamerkan atau mengedar bahan-bahan lucah,melukis bahan-bahan berunsur seks atau menulis surat berunsur seks,mendedahkan secara seksual.

  • Peras ugut di tempat kerja – seperti perlakuan seksual akan membantu kerjay anda atau penolakan mungkin menghalang kerjaya).

Majoriti daripada mereka yang diganggu secara seksual adalah wanita.Namun demikian,ada juga peratusan kecil lelaki yang turut di ganggu.

Gangguan seksual melanggar hak asasi seseorang dan ia bukannya perkara kecil.

Apa yang biasa diperkatakan tentang gangguan seksual.

Jika seseorang wanita itu berpakaian seksi atau berkelakuan seksi,dialah yang mengundang kepada gangguan seksual.

Apabila seseorang peniaga kaya dirompak,kita tidak menyalahkannya kerana berpakaian mewah.Kita menyalahkan perompak.Tetapi apabila seorang wanita diganggu,kita cepat menyalahkan penampilan seseorang wanita itu kerana penampilannya.Namun,penampilan seseorang wanita itu bukan alasan berlakunya gangguan seksual.Seseorang boleh mengawal perasaan seksualnya dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kelakuan diri sendiri,

Bergurau senda dan mengorat adalah perkara kecil sahaja,lagipun wanita sukakannya walaupun mereka berpura-pura tidak.

Wanita yang diganggu secara seksual pasti tidak setuju dengan kenyataan ini! Gangguan seksual tidak sama dengan bergurau-senda dan mengorat.Gangguan seksual adalah tentang tidak menghormati orang lain.Sekiranya seseorang itu beminat dengan orang lain,mereka akan menunjukkannya dengan rasa hormat-bukan dengan mengganggunya dengan seksual.

Hanya wanita yang muda diganggu secara seksual.

Gangguan seksual berlaku kepda semua wanita,tidak kira umur,parasrupa atau taraf perkahwinan.Gangguan seksual ialah tentang penyalahangunaan kuasa di mana mereka yang berasa diri mereka lebih berkuasa boleh mengganggu dan mengugut orang lain.

Wanita sepatutnya tidak mengendahkan perkara ini.

Ramai wanita terpaksa tidak mengendahkannya,tetapi mereka berasa tidak selesa tentang kejadian ini.Di tempat kerja terutamanya,kajian menunjukkan bahawa jika gangguan seksual tidak dihiraukan dalam kebanyakan kes,gangguan seksual akan berteruan atau menjadi lebih buruk!

Apakah kesan-kesan gangguan seksual

Anda boleh berasa;

  • Dari segi emosi-murung,tidak berdaya,sangat bimbang,hilang motivasi untuk bekerja,hilang kawalan.

  • Dari segi fizikal – sakit kepala,pemakanan terganggu,loya,berat badan turun atau naik,menangis teresak-esak,gangguan tidur.

Anda mungkin berasa bahawa anda harus menghadapi masalah ini bersendirian,terutama sekali jika orang lain membuat anda berasa apa yang anda lakukan atau tidak adalah penyebab perkara tersebut berlaku.

Anda tidak salah dan tidak patut berasa yang anda harus berhenti kerja.

Anda tidak perlu menghadapi gangguan seksual secara bersendirian.Bincanglah dengan seseorang sama ada dengan sahabat,rakan kerja,ahli keluarga,pegawai kakitangan,wakil dari kesatuan sekrja ataupun persatuan wanita.

Dari segi undang-undang

Buat masa ini di Malaysia,masih belum terdapat undang-undang tertentu mengenai gangguan seksual.Hanya beberapa seksyen di dalam Kanun Keseksaan yang boleh dianggap memberi perlindungan dari gangguan seksual.Namun,seksyen-seksyen tersebut hanya tertakluk kepada gangguan berbentuk menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan dan rogol.Pihak berkuasa jarang melibatkan diri,kecuali jika kes tersebut melibatkan kecederaan fizikal.

  • Sekiranya anda dipecat

…….kerana menyuarakan bantahan terhadap ganggun seksual,anda boleh mengemukankan secara bertulis kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan(JPP)dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemecatan tersebut,dengan menyatakan pemecatan adalah tanpa sebab,seperti di bawah Seksyen 20 Akta Perhub8ngan Perusahaan 1967.Penyiasatan dan penyelesaian alan dibuat.Majikan perlu membuktikan bahawa pemecatan adalah dengan sebab atau alas an yang munasah.

Jika pemecatan adalah tanpa sebab yang munasabah,JPP boleh mencadangkan supaya pekerja diterima semula.Jikalau majikan enggan menerima pekerja tersebut,JPP boleh mencadangkan pampasan yang sewajarnya.

Jika penyelesaian tidak dicapai,kes boleh dirujuk kepada Menteri Sumber Manusia untuk tindakan selanjutnya(rujuk kepada Mahkamah Perusahaan).

  • Sekiranya anda meletak jawatan

………kerana keadaan sudah menjadi terlalu teruk dan majikan tidak mengambil apa-apa tindaka,perletakan jawatan anda boleh dianggap sebagai “PEMBUNGAN TERANCANG”.Anda boleh membuat aduan secra bertulis kepada JPP.Bagi kes-kes pembuangan terancang,anda sebagai pengadu perlu membuktikan bahawa anda telah mengambil segala langkah untuk menghentikan gangguan seksual tersebut.

  • Sekiranya bekerja dalam Perkhidmatan Awam

Anda boleh menggunakan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan22,tahun 2005:Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam untuk tindakan selanjutnya.

Banyak Yang ANDA Boleh lakukan…..

  • Bersuara. Beritahu penggangu itu bahawa kelakuan mereka tidak diingi dan anda mahukan perbuatan itu dihentikan dengan SERTA MERTA.

  • Jika gangguan berterusan. Bincanglah dengan seseorang yang boleh membantu anda.Terdapat ramai orang di tempat kerja yang boleh memberikan anda sokongan.Mereka mungkin dapat menasihati anda tentang langkah-langkah yang sedia ada di tempat kerja.

  • Catatkan butir-butir. Seperti bila,di mana dan bagaimana gangguan berlaku.Semua ini boleh membantu anda mewujudkan kes terhadapnya.

  • Jika pengurus atau penyelia, anda yang menggangu,laporkan kepada pegawai yang lebih tinggi jawatannya.

  • Cadangkan kepada majikan/institusi,supaya melaksanakan polisi gangguan seksual sebagai langkah pencegahan.

  • Berika sokongan kepada rakan-rakan anda yang diganggu.Pastikan mereka sedar tentang langkah –langkah yang boleh diambil.

Hanya satu perkara sahaja yang anda TIDAK patut lakukan- iaitu berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa!

Hentikan Gangguan Seksual di tempat kerja anda. Sebarkan!


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page