top of page

8 SOS DI KALA MALFUNGSI WARDROBE


8 S.O.S DI KALA MALFUNGSI WARDROBE.

Merawat item fesyen yang terlihat ada cacat-cela dari internet atau petua orang tua-tua adakalanya menjadi ataupun kebarangkalian sebaliknya.Jalan pintas,Cuma pandukan dengan sedikit daya kreativiti.Hasilnya adalah penyelesaian yang bakal melegakan minda dan resah di hati.Nota tips fesyen edisis ini berkongsikan tips tersorok yang kemungkinan bakal memanfaatkan anda dikala malfungsi wardrobe menyinggah tanpa di pinta.Cubalah,..Ya..biarlah khuatir dihati,berlalu pergi.

  1. Penggantung ganda

Anda boleh menggunakannya untuk menggantung dua penyangkut baju secara serentak.Taktik ini juga dipercayai dapat menjimatkan ruang di dalam almari anda.

  1. SAIZ AKTUAL CELANA DENIM

Cuci celana denim anda sebelum menghantarnya ke kedai jahit untuk di ubahsuai atau servis alteration.Kerana celana denimakan sentiasa mengecut dan memanjangapabila di basuh.

  1. LEMBUTKAN BAJU DENGAN GARAM

Teknik ini memerlukan sedikit kesabaran,namun ikhtiarnan minima.Hanya perlu rendamkan baju T dalam larutan air garam(1/2 cawan) selama tiga hari dan basuh seperti biasa dengan detergent.Selepas di jemur kering fabric baju T akan menjadi lembut dari sebelumnya.

  1. TAS TANGAN KOTOR

Jika tas tangan terkena tompokan minyak,taburkan sedikit bedak talcum dan biarkan semalaman.Menjelang pagi,kesan kotoran itu akan hilang.Namun,jika kesannya masih kelihatan,ulang langkah yang sama sehinggalah kesan tompokan itu hilang.

  1. SAIZ CELANA IDEAL

Jika anda mencuba busana baru,acu kelim baju dengan tulang bahu dan bukanya pada tulang selangka anda untuk mendapatkan ukuran yang seakan-akan hampir tepat.Cubalah!

  1. SUSUNAN SISTEMATIK

Sentiasa menyusunkan pakaian anda dari ton terang hingga ke gelap.mulakan susunan di dalam almari dari kiri ke kanan.Susunan akan kekal konsisten tanpa berserabut.

  1. CUKA KEKAL RONA

Tambahkan ½ cawan cuka putih pada bilasan akhir ketika mencuci untuk mengekalkan warna gelap pada celana jeans.Pasti ia akan terlihat kekal baru tanpa lusuh.

  1. CELANA SENDAT

Terasa ketat menyarung celana pada batang kaki?Regangkan bahagian pinggang dengan tangan atau pengering rambut ketika celana masih agak-agak basah.Tujuanya adalah supaya celana menjadi longgar daripada saiz sebelumnya.

SELAMAT MENCUBA!

SILA KOMEN.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page