top of page

Zone Selesa yang Bahaya.

Adakah anda berada di ZONE SELESA?

Anda mungkin berada di Zone Selesa sekarang ini.Zone Selesa tempat yang mana anda rasa secara mental selamat tetapi kurang kebahgiaan,bekerja kuat dalam keadaan tertekan,mahukan sesuatu yang berlainan tetapi kurang yakin. Di tempat inilah ramai mereka yang sukses akan sedaya upaya elak pada diri mereka kerana ianya Zone Bahaya.

Mudah kata,Zone Selesa adalah tempat anda relax,sudah biasa dengan keadaan sekeliling,semuanya sudah teratur secara autopilot untuk anda hadapi hari-hari anda. Menjalani paten kehidupan harian yang sama setiap hari tanpa tekanan dan risiko.

Percaya atau tidak,Zone Selesa mungkin suatu tempat yang ramai antara kita menjadi lebih malas,tiada daya kreativiti, dan yang paling bahaya tiada IMPIAN. Walaupun tidak salah jika mereka memilih untuk berada di Zone Selesa ,tetapi adakah ini yang anda mahu dalam kehidupan atau setakat itu sahajakah kemampuan/ rezeki anda?

MENGAPA HARUS BANGKIT DARI DI SELIMUTI ZONE SELESA

Adakah suatu kesalahan besar untuk berada di Zone Selesa? Jawapannya... TIDAK! Memang tiada kesalahan hatta dalam undang-undang negara sekali pun mengatakan ianya bukan kesalahan besar untuk berada di Zone Selesa. Jadi mengapa ianya di anggap Zone Bahaya oleh mereka yang sukses? Sedaya upaya mereka mahu keluar dari Zone Selesa ini.

Jawapannya.... TIADA IMPIAN. Mengapa mesti biarkan diri dibawa arus tanpa tujuan hidup? Jangan biarkan diri menjadi mangsa sekeliling. Anda berhak untuk membentuk atau mencipta kehidupan yang lebih bermakna. Sebahagian kita takut untuk keluar dari Zone Selesa kerana sudah terlalu biasa dengan keadaan sekeliling demikian. Sudah bertahun-tahun mengharungi kehidupan yang menjadi rutin hidup sehigga membuat mereka jadi seperti zombie. Yang paling tidak munasabah,Zone Selesa ini akan menjadikan seseorang itu hilang IMPIAN. Dengan kata mudah,Zone Selesa adalah PENCURI IMPIAN.

Mereka takut untuk berimpian,mereka takut untuk gagal,mereka tidak yakin dengan kemampuan sendiri. Sekiranya, anda mampu bangun setiap pagi dan keluar untuk jalani kehidupan harian maka anda mampu BANGUN DAN KELUAR DARI ZONE SELESA INI. Anda di lahirkan bukan hidup atas arahan,tetapi hidup untuk mendapat KEPUASAN. Jadikan KETAKUTAN anda sebagai KAWAN bukan LAWAN..

Anda pasti terpegun dengan kemampuan sendiri bila anda atasi KETAKUTAN .

Why settle for less,when you can have more.

TEROKAI KEWIBAWAAN DAN LANGKAH KE HADAPAN

Untuk keluar dari Zone Selesa,bukanlah bermaksud keluar dan lakukan sesuatu yang bahaya,menakutkan atau dramatik,seperti bergelut dengan buaya di Australia atau terjun ke dalam gaung yang terdalam di dunia.

Mulakan dengan langkah kecil dahulu. Ambil sedikit masa bersendirian dan fikir kembali apakah minat anda? Apakah yang anda minati? Apakah yang membuat anda rasa mahu lakukannya tetapi ianya tertangguh? Apakah yang anda rasa bahgia bila fikirkan ia? Contoh,jika anda berminat dengan masakan,mulakan dengan mendaftar ke kelas masakan atau anda suka pada haiwan,pergi ke pusat jagaan haiwan dan daftar sebagai sukarelawan. Apa sahaja sesuatu yang membuat anda rasa teruja dan jangan berlengah lagi,BERTINDAK SEGERA.

Jangan terlalu banyak berfikir atau bersoal jawab dalam diri. Bertindak dengan pantas dan jujur. Jangan menunggu atau mengharap keajaiban berlalu di depan anda. KEAJAIBAN HANYA BERLAKU,BILA ANDA BERTINDAK. Tidak mengapa jika langkah pertama anda ini agak kekok,berliku,atau janggal...inilah yang dinamakan MENEROKAI( Exploring). Bertindak dan belajar sesuatu yang baru. Dalam perjalanan ini nanti anda akan temui diri anda yang sebenar. Dan akhirnya,anda akan bertanya pada diri sendiri,KALAU AKU TAHU BEGINI HEBAT KEHIDUPAN AKU,DARI AWAL LAGI AKU DAH BERUBAH. Ingat... When you snooze,you loose-Brian Tracy.

Keluarlah dari kepompom Zone Selesa.Sukar dan tidak Selesa pada mulanya,tetapi hanya cara ini sahaja yang mendewasakan anda.

Mohon Like atau komen selepas baca.

Amat kami hargai,terima kasih.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page