top of page

Bilangan anak ramai penentu ke syurga..


Apa wanita ini lakukan bila orang tanya tentang bilangan anaknya. Allah menganugerahkan kami,sepasang anak. Yang sulong perempuan dan bongsu lelaki.

Soalan yang sering kami dapat dari orang sekeliling..

Tak nak tambah anak ke? Intan,you rancang ke? You tak suka ramai anak ke?

Saya dan suami mampu senyum sahaja.Alhamdulillah,ada penyambung warisan untuk kami dengan kehadiran sepasang anak ini.

4 tahun kami menunggu dengan sabar untuk zuriat. Kami tak malu kata,pernah dulu..kami ke tempat orang buang sampah,kot-kot ada orang buang bayi. Serious... Kalau orang tak nak..kami nak sangat anak. Yang kami dapat adalah anak kucing.. kelakar,kan? Itu pun kami bawa balik,bela.

Bukan kami merancang, rasanya rezeki kami dapat sepasang anak.. Alhamdulillah. Dulu masa anak-anak kecil selalu jugak mereka tanya..bila nak dapat adik baru. Siap berangan,si kakak nak adik perempuan.. boleh main masak-masak bersama..yang si adik nak adik lelaki..boleh ajar lasak bersama. Yang si abah pun berangan nak anak kembar. Saya......tak kisah..yang beranak saya,..yang rasa sakit bersalin saya bukan mereka.

Sudah pelbagai cara saya cuba...dah pelbagai pakar saya jumpa. Pernah sekali,saya dan suami jumpa seorang PENGELUAR produk konon mudah untuk dapat zuriat bagi pasangan yang belum punyai anak. Setelah dia beri penerangan tentang produk dia,Kami dah teruja nak beli tapi di akhiri dengan kata-kata...

Puan,maaf saya berkata.. Dari firasat saya,sebenarnya puan yang banyak dosa pada suami dan satu lagi..,sebenarnya puan dan suami bukanlah jodoh yang tepat.

Dia boleh direct kata begitu pada saya.Suami saya terdiam.saya apalagi,, Melentinglah saya..Siapa dia nak kata saya banyak dosa? Kenapa asyik saya sahaja yang berdosa,habis suami saya tak ada dosa dengan saya? Adakah dia tidur sekatil dengan suami hingga boleh hukum kami bukan pasangan serasi?Siapakah dia untuk ucapkata begitu pada kami.Dia tu Tuhan ke? Kami balik dengan geram. Tak jadi beli produk dia.

Pil hormon,dah tak larat nak telan. Saya seorang yang makan pil hormon,Suami tidak pula di beri pil rangsangan. Tukang urut... sesiapa sahaja yang rekomen saya pergi.Asyik saya yang kena uli dengan tukang urut,suami tak ada pula mereka nak urut. Doktor pakar,hospital mana telah saya jumpa.Maaf nak kata..dalaman aib saya dah penat saya serahkan pada doktor nak lihat dan kaji.Saya rasa seperti di jadikan bahan ujikaji pula bila ramai pelatih doktor yang melihat saya. Pengamal perubatan Islam... pernah saya mengandung setelah perubatan Islam,tetapi gugur di usia kandungan 4 bulan. Luluh hati ini.Hanya Allah yang faham perasaan saya ketika itu.

Kini di usia pertengahan 4series, saya rasa cukuplah. Bukan saya tekad tak mahu tambah anak,tetapi saya REDHA. Saya REDHA ketentuan rezeki sepasang anak sejak usia mencecah 40 tahun. Hanya Allah Yang Maha Tahu segala rahsia.

Ya,saya ada sepasang anak. Si kakak seorang atlit...dia suka bersukan. Juara pelari terpantas sekolah 4 tahun berturut-turut dan pernah mewakili Selangor dalam pertandingan peringkat sekolah. Kini dia minat sukan berpanah dan netball. Si adik pula,minat berbisnes macam kami.. Suka duit dan gila duit. Juara bercerita peringkat Wilayah Persekutuan antara sekolah 3 tahun berturut. Suka PR..suka kepada audience. Seorang born leader. Sekarang dia sedang kembangkan bakat dalam bidang photography dan modelling. Anak-anak saya mungkin kurang dalam akademik,tetapi mereka sangat bertanggungjawab dalam bidang yang mereka minati.

Allah telah anugerahkan kami sepasang anak sebagai pelengkap keluarga kecil kami.Mereka lah sumber inspirasi kami,merekalah sumber rezeki kami,merekalah penghibur kami merekalah penasihat kami ketika kami rasa down.

Jadi kepada pasangan yang di anugerahkan bilangan anak yang sedikit jangan rasa rendah diri.Jangan rasa nak tambah anak hanya kerana desakan orang sekeliling.Anak ni adalah anugerah Allah.Banyak atau sedikit anak bukan pengukur untuk kami masuk syurga.Tetapi tanggungjawab dan didikan dari kita yang menentukan kita ke syurga.Syukuri dengan anugerah ini.

Kepada pasangan yang belum miliki anak,saya nak beri tips mudah.Sesiapa pun boleh lakukan.

1) Mulakan dengan kalangan keluarga dahulu.Jika ada anak saudara yang masih kecil,belikan mereka hadiah(mainan,pakaian).Bawa mereka berjalan.Luangkan masa bersama mereka.Jangan lupa hadiahkan juga pada ibubapa mereka.Mereka juga adalah anak-anak anda.Walaupun bukan dari hasil anda sendiri.

2)JIka nampak bayi atau anak-anak rakan anda,ambil masa sedikit bermain dengan mereka Juga doakan untuk mereka.

3)Jika ada anak-anak yatim sedekahkan sedikit pada mereka.

Setiap kali nampak anak-anak kecil, kusapkan kepala mereka dan niat serta doa yang baik-baik untuk mereka..

Dan akhir sekali,berdoa dan berdoa..jangan putus asa dengan doa.Allah memahami kita dari orang lain.Allah sentiasa mendengar doa kita. Lambat atau cepat itu,Allah yang tentukan..Kita sebagai hambaNya sentiasa berdoa dan tambahkan sedikit rasa Redha.

Sekian.

Sila like dan beri komen .


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page