Budget RM200...Dari awal minggu lalu saya sudah set...
Budget RM200
Dari awal minggu lalu saya sudah set hari sasar ke Road Walk Pulau Pinang. Siapa yang tidak pernah dengar tentang Syurga barangan antic,vintage dan barangan lama yang sudah tidak di jumpa sekarang.Ianya bertempat di belakang Stadium Jalan Perak.Di buka setiap hari seawal 7 pagi hingga ke tengahari.Tetapi pada hari Sabtu dan Ahad memang ramai orang ke sana.
Saya telah set kan budget perbelanjaan saya disana sebanyak RM200.Itupun sudah memadai bagi saya.Sasaran saya adalah untuk dapatkan barangan tas tangan yang diperbuat dari rotan seperti era 50an atau 60an,tas tangan kulit vintage,beberapa assessori item yang lama dan barangan yang mungkin memikat mata saya.
Kami sampai agak lewat sedikit sekitar jam 10.30 pagi.Orang semakin ramai terutama pelancong dari luar negara.Sukar dapatkan parking kereta ,saya turun dahulu di pintu depan masuk ke kawasan Road Walk manakala suami pergi mencari parking kereta.Kami berpisah sementara.Dari luar suasana kelihatan sibuk kenderaan bercelaruan dan suasana bising kedengaran dari suara-suara peniaga.Memasuki kawasan parking Stadium yang di jadikan tapak perniagaan barangan lama membuat saya teruja memulakan misi saya.
Kelihatan pelbagai barangan yang di jual oleh peniaga.barangan yang mengembalikan saya ke zaman era 60an,70an dan 80an.Barangan yang sukar untuk di jumpai sekarang ini.Alat muzik record player,radio beatbox yang hampir kepupusan,kipas angin lama di baik pulih lalu di jual,buku dan majalah lama.Siapa sangka alat yang mungkin tidak berguna lagi ada du jual disini.Pendek kata apa sahaja barangan yang anda cari pasti ada disini.
Seronok berurusan niaga bersama mereka malah kesungguhan mereka dengan ayat power niaga mereka di sertakan dengan slanga utara mereka membuat saya terpesona melihat gelagat mereka.Yang lebih menarik lagi,kebanyakan mereka boleh berkomunikasi bahasa Kontunis atau Honkian walau berlainan bangsa.Akhirnya saya dapat beberapa item yang menarik,cuma saya belum dapat tas tangan buatan rotan seperti sasaran saya.Tetapi tersasar beli barangan lain pula dek kerana terpesona dengan jualan ayat power peniaga dan terjumpa beberapa barangan rare disini.
Alhamdulillah,sasaran saya untuk berbelanja RM200 kena pada sasaran malah ada berbaki RM105 lagi.Dengan 7 item yang saya beli.
Tips membeli di Road Walk
Rancang sebaiknya sebelum pergi.Pastikan budget anda bertetapan dengan wang anda.
Jangan terus beli jika anda nampak barang yang berkenan,teruskan perjalanan lihat sekeliling ,mungkin ada barang yang lebih utama untuk anda beli.Jika tiada,baru anda beli.
Tawar menawar adalah adat,tetapi kita sebagai pembeli jangan tawar dengan harga yang boleh membawa kerugian pada penjual.
Sentiasa bawa shopping bag atau bag plastic besar sendiri dari rumah kerana disini kebanyakan peniaga tidak menyediakan plastic bag untuk pembeli.
Untuk dapatkan barangan yang lebih menarik atau harga yang berpatutan,beli dari mereka yang berniaga di luar pagar kawasan.
Pergi di waktu mereka hampir tutup atau bungkus niagaan mereka.Kerana di waktu ini mereka akan lepaskan barang dengan harga yang lebih rendah.
Tidak di galakkan membawa kanak-kanak ke sini kerana suasana yang ramai orang dan panas.
Pepah Inggeris ada mengatakan ONE MAN TRASH IS ANOTHER MAN TREASURE.
Rasanya cukup 7 tips dari saya untuk anda membeli belah di Road Walk Pulau Pinang.
Lokasi:
Di belakang stadium Jalan Perak.
Waktu : Di buka setiap hari 8 pagi-12 tengahari.
Terima kasih.
Sila,Like,Komen dan kongsi.