top of page

Entah mengapa aku terbeli beg clutch buruk ni...


Entah mengapa aku terbeli beg clutch kuning yang buruk ini.

Kisah ini berlaku setahun yang lalu.Ketika itu,aku,suami dan sepasang anak kami berjalan-jalan di Lorong Kulit Pulau Pinang.Jalan cuci mata sahaja.Tiada niat nak beli apa-apa pun.Niat nak tengok barang –barang lama itu sahaja.Duit pun tak berapa nak ada sangat masa tu.Rasanya cuma bawa RM10 sahaja.Bukan apa,memang tak mau bawa duit banyak,takut terbeli banyak barang.Masa tu pun masih dalam proses nak pindah ke Perak jadi,kena jaga budget jugak.

Cuaca memang panas masa tu,rasa nak pengsan pun ada sebab ramai sangat orang dengan cuaca yang panas memang rasa bahang yang amat sangat.Suami ajak balik sebab anak-anak dah mula merungut.Sedang kami nak keluar ke pagar,tiba-tiba mata ku menjadi silau kerana terkena pancaran matahari.Lalu aku menunduk kepala untuk elak terkena mata .Semasa aku tunduk kepala,sekali lagi mata ku silau bila memandang ke bawah.Bila tunduk ke bawah terpandang suatu objek kuning yang termantul sinaran matahari. Bertambah silau mata ku. Tetapi objek kuning itu bukan sahaja silaukan mata ,tetapi hati ku juga tertanya Apakah Objek Itu? Aku membongkokkan tuduh dan bercangkuk di situ. Dengan cuaca panas dan silauan matahari,aku perhatikan objek kuning itu dari jauh dengan teliti. Lalu aku ambil objek kuning itu.Rupanya,objek kuning itu adalah beg clutch buruk.Dari dekat,warna kuningnya sudah pudar dan ada sedikit kekotoran kerana habuk lama.Luarannya agak buruk dan lusuh,tetapi di dalamnya masih elok dan bersih.Tidak pasti ianya kulit asli atau kulit tiruan (PV leather). Aku anggarkan beg clutch ini mungkin dari era 80an melihat dari rekaan nya. Tiada tanda buatan dari negara mana.Cetakan luaran seperti batang buluh kecil,jahitan tidak kemas.Aku letak kembali beg itu.Ianya tidak menarik minat ku.Sebelum aku langkah pergi,penjual bersuara(seorang wanita pertengahan umur)..

‘You angkat la ini beg.Wa kasi murah saja.. You pun suka kan ini beg..you angkat la..Wa juai murah sama you.’

Dalam hati,aku tak suka beg ni,tapi kalau kurang RM10 aku beli.

The next thing I knew,dah bawa beg ni pulang.Bila sampai di rumah,belek-belek beg ni,ada sedikit kekesalan dalam hati dan sedikit marah pada diri sendiri.Mengapalah aku beli beg tak berfaedah ini.

Beberapa bulan berlalu,sedang kemas butik terjumpa balik beg ini.Lama beg kuning ni terbiar dalam almari tanpa ada sesiapa ketahui,Aku sendiri tak ingat beg ni di mana kali terakhir aku letak.Niat nak let go atau buang jer beg,tapi sebelum tu aku bersihkan dahulu.Sedang aku sapu dan buang habuk lama yang melekat pada beg tu,tiba-tiba hati rasa sayu.Aku belek dan amati beg kuning ini sekali lagi.Ya,di luar warna kuningnya sudah pudar,tetapi ada di bahgian dalam masih ada warna keemasan.Mungkin dahulu beg ini berwarna emas.Aku amati lagi beg ini.Soalan demi soalan bermain di kepala..

Siapakah pemilik beg ini? Dimana dia beli? Perempuan atau lelakikah pemilik beg ini? Atau beg ini dia jahit sendiri? Apakah perkerjaan nya? Bagaimana ia boleh berada di tapak jualan? Bagaimana keadaan pemilik nya? Tua kah? Muda kah? Masih hidup kah?

Soalan yang tidak mungkin aku temui jawapannya.

Tetapi apa yang dapat aku rasa kan…

Pemilik asal beg kuning ini mesti seorang wanita sederhana cantik.Dia seorang wanita yang mementingkan keluarga.Seorang wanita bergaya sederhana mengikut kemampuan.Mungkin beg clutch ini dia yang jahit sendiri atau mungkin dia beli dengan harga yang murah di pasar malam.Mungkin pasar malam di luar negara,China,Vietnam atau pasar malam di belakang rumah nya. Yang pasti dia gunakan beg ini dengan bangga.Melihat dari kepudaran warna beg ini,aku boleh mengagak dia guna beg ini sebaik mungkin dan bawa ke mana sahaja dia pergi. Atau mungkin beg telah mengelilingi dunia. Dan..mungkin…mungkin juga..matanya terkena silauan matahari bila terpandang akan beg ini seperti saya. buat kali pertama.

Banyak kemungkinan berlaku dalam sejarah beg kuning ini,tiada siapa yang tahu termasuklah aku sendiri.

Setiap barang lama memiliki kisah tersendiri.Ada yang kita tahu akan asal usul nya.Ada yang kita boleh selidiki latar belakangnya.Dan ada juga yang kita tidak boleh jejaki sejarah silamnya tetapi kita hanya boleh buat andaian melalui keadaan dan rupanya seperti kisah Beg Clutch kuning ini.

And now,beg clutch kuning ini is my one favourite collection.

"Beg clutch kuning ini mungkin sudah ke beberapa negara di dunia"

"Masih ada sedikit warna keemasan di bahagian dalam beg ini.Pudar di luar."

Beg clutch kuning yang buruk.

Sila baca,suka,komen dan kongsi

Please read,like,comment and share


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page