top of page

Jadi saya mahu puan bayar hutang puan sebanyak RM2000 sekarang atau….


Sedih bila menonton video yang sedang viral ni.Video live seorang wanita wedding planner yang dikatakan menipu ramai pelangan.Mangsa datang serbu ke butiknya.Mereka mengepong dia.She was corned and helpless.Melihat wajahnya yang sunggul dan rasa takut mengingatkan kisah aku suatu masa dahulu. Biarlah aku seorang sahaja yang tahu nama mereka.Nama dan siapa mereka biarlah aku rahsia.Kisah ini pun dah lama berlaku lebih dari 10 tahun.Aku tak mahu mengaibkan sesiapa.Aku pun tak salahkan sesiapa.Biarlah kisah ini menjadi teladan buat semua dan juga diri aku sendiri.Aku kongsikan kisah ini pun cuma untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang wanita dan ibu muda ketika itu.

Kisah ini dah lama berlaku.Waktu itu aku baru nak berjinak dalam bidang perniagaan.Masih hijau lagi.Zero experience.Aku betul-betul bersemanagt nak buat bisnez.Oleh kerana aku ada pengalaman dalam bidang pra pendidikan selama 10 tahun,jadi aku dan seorang partner buka sebuah tadika.Setelah hampir 2 tahun menjalankan bisnes bersama partner,aku dapati dia meragukan dan banyak kekurangan.(Tak perlulah aku cerita panjang yang ni).Lalu aku berdepan..bersemuka dengan dia dan luahkan rasa kurang senang hati aku pada dia dengan prestasi dia selama menjadi partner aku.Memang tabiat semulajadi aku,kalau rasa tidak puashati atau tidak selesa aku akan berterus terang.Aku tak suka bermuka-muka,baik berterus terang dari makan hati.Sudah pasti dia berasa marah dan kecewa.Keesokkan pagi,bila aku sampai di premis,banyak barang yang dia ambil dan tinggalkan beberapa keping nota kata kesat tuju pada aku.Tak perlulah,aku ceritakan panjang apa kata nota itu.Maka aku,jalankan bisnes secara solo..sendirian tanpa bantuan dari sesiapa malah dari suami aku sendiri (dia tidak suka akau buat bisnes masa tu,tapi aku berdegikl).

Setelah beberapa bulan jalankan bisnes secara solo,banyak cabaran yang harus aku tempohi.Seolah aku bermula balik dari bawah,A-Z.Banyak perkara aku buat sendiri.Memang penat,dengan dua anak kecil.Ke Hulu Ke Hilir,aku bawa mereka.Pergi ke pejabat pendidikan,beli peralatan keperluan tadika.Waktu tu,aku drive kereta Kancil buruk.Segala macam barang ada dalam kereta Kancil buruk aku tu.Dengan dua anak kecil lagi dah macam tadika bergerak kereta Kancil tu.Tapi kereta itulah yang banyak berjasa pada aku dan anak-anak.Bersihkan tadika,sediakan makanan untuk waktu rehat…semuanya aku buat sendiri.Itu belum kira aku mengajar serta sediakan alat bantuan mengajar lagi.Tak cukup itu lagi,jemput dan hantar budak balik lagi.Tiada pembantu atau cikgu kerana aku tak mampu nak mengajikan staff masa tu.Pendek kata aku lakukan sendiri.Dari jawatan tukang masak,kerani tadika hingga ke jawatan guru besar,akulah orangnya.Susah payah aku tanggung sendiri.

Hinggalah suatu hari aku terima panggilan telefon dari sebuah syarikat pembuat uniform/pakaian seragam.Dia mahu bercakap dengan ex parner aku.Semasa kami bersama,ex partner handle bahagian uniform tadika.Aku katakana dia sudah tidak bersama aku lagi dan beri nombor hp dia.Dua hari kemudian orang yang sama hubungi aku sekali lagi.Katanya Puan xxxxxx,tidak jawab panggilan dan mereka hendak pastikan adakah aku berbohong dengan memberi nombor yang salah.Aku terkejut,masakan aku hendak berbohong,memang itulah nombornya sebelum dia keluar dari bisnes ini.Kemudian dia minta alamat ex partner pula,mereka nak bersemuka dengan dia.Waktu itu,aku masih tidak faham kenapa mereka beria sangat nak jumpa dia.Aku pun tak tanya,sebab malas nak ambil tahu hal orang(satu lagi perangai aku).Tanpa rasa syak aku terus bagi alamat ex partner.Aku ingatkan perkara ini sudah selesai disitu,..sangkaan aku salah.

Lebih kurang tiga hari selepas terima panggilan terakhir itu,sesuatu yang tidak di duga malah jauh dari sekali dari akal fikiran ku.Masih segar dalam ingatan kejadian itu. Masih ingat lagi,kejadian berlaku pada hari Sabtu tengahari,aku dalam perjalanan ke rumah keluarga.Aku drive seorang diri,anak-anak pula di seat belakang .Masing-masing tengah minum susu botol.Aku rasa tenang tetapi dalam masa yang sama,jantung aku berdegup laju.Aku rasa tidak sedap hati.Aku macam dapat rasakan sesuatu bakal berlaku.Aku ingatkan suami aku yang pergi outstation pada hari tersebut.Sedang aku drive,tetiba aku terima panggilan hp.aku,jawab..rupanya ianya panggilan dari Big Boss syarikat yang mencari ex partner aku.Katanya,aku berhutang dengan mereka dan mereka sedang mengekori aku dari belakang.Terkejut beruk aku masa tu…nasib baik tak buat emergency break atau terlanggar orang.Bayangkan perasaan aku macamana saat itu.Rasa nak gugur jantung di buatnya.Aku berbalah,aku menafikan yang aku berhutang dengan mereka.Sampai di trafik light depan Pasaraya Giant Taman Pertama Ulu Klang,aku toleh ke kiri,sebuah kereta Honda hitam memberi isyarat tangan supaya aku mengekori mereka.Aku toleh ke belakang ,ada sebuah kereta lagi beri isyarat tangan yang sama.Rupanya,aku telah di kepong oleh mereka.Jantung aku rancak berdegup kuat,kaki mula rasa lemah,badan rasa lemah.seram sejuk aku di buatnya.Aku pandang pada anak-anak,terus aku berdoa agar Allah lidungi aku dan anak-anak.Aku bingung seketika,..Nak pecut aku takut..aku tak berani.Tangan dah mengigil badan dah rasa nak demam.Ya Allah..aku takut..berdoa keselamatan diri dan anak-anak kecil aku.Pelbagai soalan bermain dalam fikiran ku.Apa yang aku dah buat pada mereka?Kenapa mereka ikut aku?Macamana mereka tahu kereta aku? Aku tak buat dosa dengan mereka.Dengan tangan yang lemah,aku beranikan diri mengekori mereka.Tapi mulut aku tak lekang dari sebut nama Allah…supaya tiada apa-apa yang dasyat berlaku pada kami anak beranak.

Kami sampai di sebuah restoren mamak.di Taman Melawati(restoren tu dah tak ada lagi).Aku parking kereta di tepi jalan.Mereka parking di depan dan belakang kereta aku.Salah seorang dari mereka berlagak gentleman buka pintu kereta aku.Aku keluar dengan dukung dua anak.Aku tak pasti apa perasaan anak-anak aku masa tu,yang nyata dari riak muka mereka kelihatan kehairanan melihat 5-7 orang lelaki keliling seolah sedang escort kami.Kami masuk dan duduk di restoren mamak itu.Aku yang masih terkejut dan menggigil duduk berdepan dengan Big Boss.Perasaan takut mengeletar seluruh badan.Aku tempatkan anak-anak di meja sebelah.aku cuba tenangkan anak-anak aku..aku bisik pada mereka..Nanti Ummi beli mainan yer..kakak dan adik duduk sini diam-diam tau.Nak mengalir airmata tapi tahan dari airmata keluar sebab tak mahu anak-anak aku nampak aku menangis.Dari wajah mereka yang mengelilingi kami,aku mengagak mereka ini adalah dari golongan mamak.Sesekali terkeluar bahasa Tamil dari salah seorang mereka.Big Boss perkenalkan diri..

Assalamualaikum Puan, maaf jika situasi ini kurang selesa buat puan.Tapi kami tiada pilihan,kami terpaksa buat begini.

Aku hanya diamkan diri mendengar dia bersuara.

Kami di fahamkan,tadika puan masih berhutang dengan syarikat milik saya sebanyak RM2000.Dah lama sangat ni puan,bila nak bayar.Saya nak puan selesaikan hutang hari ini juga.

Bukan ke saya sudah selesaikan baki tertungak RM2000 tahun lepas.Partner saya yang bayar.Saya ingat lagi,saya yang serahkan duit tu supaya dia bayar pada pihak tuan.

Tak puan…dia tak bayar.Dia melewatkan bayaran.

Jadi tuan pergilah minta dari dia.Dia yang berhutang dengan tuan bukan saya.

Kami dah call dia tak jawab.Kami dah pun pergi ke rumah dia yang puan beri alamat tu pun dia tak nak bayar.Katanya puan soul owner tadika dan dia bukan lagi partner jadi puan lah yang kena bayar.Dia tak mahu bayar langsung puan.

Aku terdiam,capai hp dan call ex partner minta dia jelaskan hutangnya.Aku tanya ke mana duit yang aku beri untuk dia bayar baju sukan.Dia selamba jawab,dia dah guna duit itu.Dia kata..anggap sebagai hardship dia bekerja dengan aku.Apa lagi yang aku dapat dari ex partner adalah makian dan rasa puashati dia melihat aku tersepit begini.Tidak cukup itu,dia tuduh aku yang banyak salah gunakan duit bisnes…Astaghfirullah..urut dada aku masa tu.Sedangkan duit modal bisnes aku yang banyak keluar dan aku banyak beralah.Aku bertambah rasa takut.

Big Boss bersuara lagi bila melihat aku terdiam kaku….katanya..

Puan adalah soul owner tadik,jadi puan mesti bertanggungjawab lah..Jadi saya mahu puan bayar hutang puan sebanyak Rm2000 sekarang atau….

Atau apa?!!!(tetiba aku tinggikan suara)Tuan nak bunuh saya?!!!

Masa tu semua terdiam,hanya kedengaran anak bongsu aku menangis terkejut dengar suara tinggi aku.Dia sangka aku sedang marah dia..Aku dukung anak bongsu dan tenteramkan dia.Mujur juga tiada orang lain di restoren mamak tu,hanya kami sahaja.

Kalau tuan nak bunuh saya BOLEH…tapi bukan di depan anak-anak saya.Berikan saya masa sejam untuk saya hantar mereka ke rumah keluarga saya dan tinggalkan mereka disana.I promise you,after I’ve done that..I’ll come back here and you can do anything you want to me..Just not in front of my children.Saya di anaya…Saya berhutang walaupun bukan saya yang berhutang dengn tuan.Tapi tak apa..saya boleh bertanggungjawab.Hanya kerana RM2000 Tuan tergamak mengancam saya depan anak-anak saya.Bukannya,saya hutang dua juta …kalau dua juta berbaloi lah buat mcam ni.

Mungkin dia ada rasa bersalah,dia beri aku masa untuk langsaikan hutang.Aku kata beri aku tempoh 5 hari.Dia setuju dan pesan agar aku tidak larikan diri.Malah dia juga arahkan seorang pembantunya mengekori aku selama 5 hari itu.Bodoh…aku nak lari ke mana.

Selama 5 hari aku di ekori.Bayangkan selama 5 hari hidup aku tak tenteram.Dari pagi pergi ke tadika hingga lewat petang balik ke rumah.Itulah 5 hari yang paling panjang dalam hidup aku.Hati dan jiwa tak tenteram langsung sepanjang 5 hari tu.Sampai hari terakhir,Big Boss datang bersama pembantunya.Tanpa banyak bicara aku terus hulurkan dia cash RM2000 dan pesan jangan ganggu aku dan anak-anak aku lagi.Big Boss konon nak beri nasihat tetapi aku putuskan percakapan dia…

No Thank You…I don’t need business advice from a man like you.The way you run your business is like a gangster.Just for the sake of RM2000 which I didn’t even owe from you…you took the action of no respect nor sympathy for a woman with two small children.You treated me like I’m the criminal with your made up law.What if this happened to your wife,mother,sister or even to your daughers?!! So please,just keep your advice to yourself.(Aku kalau dah marah..segala bahasa English keluar.Rasa puas bila luahkan dalam bahasa English).

Dia terdiam dan keluar dari premis tadika aku bersama wang RM2000.Selepas kejadian itu,tiada lagi gangguan aku terima lagi dari mereka.Syukur Alhamdulillah..Rasa tenteram jiwa dan aku rasa selamat.Mereka dah dapat apa yang mereka nak.Hanya kerana RM2000 mereka mengaibkan aku di mata anak-anak.Aku rasa malu pada anak-anak.Aku rasa macam..aku dah banyak kecewakan mereka sedangkan aku berusaha untuk yang terbaik buat mereka…Sedih aku..Tindakan desperate melampau dan telah hilang rasa hormat pada wanita lemah seperti aku hanya kerana RM2000.

Itulah kisah yang akan sentiasa dalam ingatan aku.Bila di fikirkan kembali,aku tak pasti dari mana datangnya kekuatan untuk aku harungi pengalaman seram ini.Sebab tu,bila aku tonton video viral tu aku dapat rasakan perasaan ketakutan wanita itu.She is corned and defenceless.Mungkin dia juga seperti aku suatu ketika dahulu,ter anaya oleh orang dia percayai.

The most Expesive business lesson I have learnt without paying a cent but it costs my DIGNITY.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page