top of page

Petaling Street ada restoren HALAL..biar betul..Bermula lah Food Hunt kami..


Petaling street ada restoren HALAL..biar betul.Bermulalah Food Hunt Kami.Naik Grab Car dari KL Central ke Petaling Street.Driver turunkan kami di persimpangan jalan.Tanya pada driver..Di mana Mechant's Lane...Dia jawab..Masuk Petaling Street jumpa la.Ok cabaran sudah bemula.Dah lama tak mengharungi Petaling Street,kali terakhir masa study Fashion&Texile Sebab nak beli barang keperluan belajar 20 tahun lalu.Mujur ada google maps.5 minutes walk only from your distance.Harungi jalan dengan hujan renyai.Dari lorong ke lorong yang lain.Dari lorong kecil ke lorong besar.Dari lorong sunyi ke lorong riuh orang berniaga.

You have reached your destination kata google maps,tapi di mana?!! Cuma terjumpa Mechant's Lane sahaja.Jalan lagi ke depan sambil melihat bangunan lama.Suprisingly,terjumpa satu signboard ke cafe tersebut.Jalan lagike depan nampak kedai stationary,tetapi tiada kelihatan cafe.Keliru seketika,kemudian terlihat signboard cermin di atas pintu di celah bangunan.Haaahhh..dah jumpa!

Sebenarnya dah lama nak ke tempat ni elepas menonton rancangan antarabangsa Secret Eats with Adam Richmandi TLC...gempaklah kan masuk rancangan ni mesti best tempat ni.Rancangan chef celebrity antarabangsa mencari restoren tersembunyi di dunia.Memang tersembunyi tempat ni.Kalau tak fokus boleh terlajak ke depan masuk ke Stadium Merdeka. Asalnya tempat ini adalah rumah pelacuran suatu ketika dahulu.Kemudian di biar tanpa penghuni agak lama sehingga pasangan suami isteri melayu merancang hendak buka restoren masakan melayu di tengah Kota Metropolitan ini.Konsep dan idea sulong mereka masakan mealyu tetapi telah bertukar ke Malaysian-Fusion food selepas berbincang dengan arkitek mereka yang kemudian menjadi rakan niaga mereka.

Dari luar tak kedengaran riuh rendah suara..but..the moment tolak pintu besar vintage cafe naik ke atas tangga kedengaran suara-suara seolah sedang menikmati juadah makanan.Tidak syak lagi INILAH TEMPATNYA.

Suasana dan decoration

Seriously masa naik ke atas ada rasa cuak sebab rasa seperti di time zone..balik ke era 70an .But..the minute kami sampai diatas..Wow…yup..we are on the time zone back to 70’s deco art style.Suasana cooling dan stylish. Awalnya kami macam terpegun dengan suasana dan rasa seperti terpukau dengan suasana hingga seorang pelayan bertnyakan..”berapa orang,puan.” “ Dua orang.” Kami di minta bersabar untuk tunggu masa antara 15-20 minit sebelum di sediakan tempat duduk. Kami menunggu dengan penuh kesabaran dan keterujaan.Pujian harus di beri kepada pelayan disini café ini kerana mereka sangat cekap bekerja dengan mesra pelanggan.Setiap pelanggan di beri layanan yang mantop.Ada 3 bahagian disini.Pertama..bahagian the main café yang dingin dengan suasana meja makan dan kerusi rotan.Idea yang membawa kami kea lam vintage.Bahagian tengah pula seperti anjung dengan suasana segar tanpa penhawa dingin.Pelanggan boleh menikmati suasana alam semulajadi dengan main attraction adalah pokok besar di tengah dinding. Bahagian belakang pula dan yang terakhir,berhawa dingin untuk mereka duduk santai bersantai dengan deco sofa serta buku-buku.Lantai,tingkap,cermin,tangga,besi,pintu,bumbung serta dinding asal yang tidak di cat atau di ubahsuai. Hanya segelintir sahaja di ubah suai dengan suasana ceria.

Konsep mudah buat pesanan makan.Pelanggan sediakan meja beserta menu kemudian pelanggan akan buat pilihan makanan dan terus ke kaunter buat order dan bayar disitu.Kami rasa konsep ini sangat mudah dan praktikal.Prakital kerana memudahan kedu pihak,pelanggan dan petugas.Selesai makan boleh terus bangun tanpa fikirkan..dah bayar ke belum.

Pilihan menu makanan yang tepat dengan selera tempatan dan gabungan barat.Kita dah biasa dengar masakan Asian-Fusion tetapi disini kami boleh katakan..Malaysian-Fusion.

Menu pilihan kami

South China Sea-Grilled salmon served with 63c eggs,salsa & housemade hash.

Basicly,menu ini ialah Ikan salmon yang di masak atas panggang,2 separuh masak telur ayam,acar sayur campuran manga kuning dan ubi keladi yang di hiris halus untuk kerangupannya.Belum lagi kami merasakan menu sesedap ini.Idea kombinasi yang tepat dan menyelerakan.A recommended menu.

Butter Chicken Pasta- Sweet & creamy pasta served with roated capsicum and chicken.

Pasta yang di salut dengan sos ayam masak butter..yup..you read it correct..Ayam masak butter dengan daun kari lagi.Di hiasi dengan cili bangla dan hirisan bawang besar..again you read it correctly..hirisan bawang besar. Sangat melayu..sangat kombinasi citarasa orang melayu dan cina with western twist. A recommended menu on the list.

Dessert

Better Than Sex- Pandan roti jala with melted cheese & our signature kaya toast flavoured ice cream & drizzle of gula Melaka sauce.Teruja kami menikmati dessert ini,pasti tidak rasa muak kerana ingredients di dalam dessert ini tidak memuakkan.

Disni hanya dua menu dessert,Better Than Sex dan Kalau Aku Kaya…Kami teruja nak cuba sesuatu yang extreme dan keluar dari zon selesa,kami pilih Better Than Sex . Wow….ternyata ..Better Than Sex is a must try menu.Forget Kalau Aku Kaya.

Bonus,kami order Tangurine Pie sebagai penutup .Makanan ini tiada dalam menu,boleh order di kaunter bayaran.3 jenis kek di atas meja kaunter.

Overall.pilihan menu yang sangat unik dan citarasa yang berlainan.Harganya juga amat berbaloi dan berpatutan.Possion makanan yang banyak,rasanya makan dua orang pun boleh.Pasti sesiapa yang dah ke tempat ini akan keluar dengan rasa kepuasan dan senang hati.Dalam hati pasti akan berkata…Aku nak datang lagi !

Tips

  1. Merchant’s Lane agak tersembunyi,jangan gopoh nak cari tempat ni…Take you time,enjoy the journey.Pastikan ada google map sebagai guide.Anggap sebagai permainan Treasure Hunt.

  2. Jangan datang keseorangan.Tempat yang happening sebegini tidak boleh di nikmati keseorangan..harus bawa teman.Kami alukan anda bawa teman yang serasi bersama anda,seperti BFF.This is a place where both parties will enjoy each other company. Bawa teman yang boleh di menikmati suasana ,berbincang dan mengkritik makanan,deco,bukan untuk bergossip.

  3. Order berlainan menu setiap kali anda ke mari.Jangan order makanan yang sama setiap kali ke mari.Be adventurous..taste and feel every menu that is written.Dengan cara ini anda akan menikmati keseluruhan menu dan suasana.

  4. Take your time..dont rush..well..kalau pelayan boleh minta anda menunggu selama 15-20 minit untuk tempat duduk why not enjoy duduk hingga habis makanan anda sambil nikmatinya perlahan..betul tak

  5. Tips paling berguna,sebolehnya tidak perlu order air minum yang disediakan dalam menu jika tidak mahu rasa cepat kenyang atau muak.Air kosong memadai kerana tidak akan rasa muak dn ianya adalah percuma.

  6. Tips terakhir ini mungkin ada yang kurang setuju. Jangan bawa anak-anak kecil ke tempat ini.Bukan apa..suasana tempat ini tidak sesuai untuk anak-anak kecil.Tempat ini lebih kepada mesra dewasa.Tempat anda lupakan sebentar tanggungjawab anda..tempat untuk anda hilangkan stress dan recharge diri anda.Sebab itu,tempat ini tersembunyi.Apatah lagi nak order Better Than Sex menu..memang tak lah untuk anak-anak kan.

Thanks to my BFF Rozita for making my small dream became a reality..Love you muahh..

Please comments & share with your BFF.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page