top of page

Sempurnakan saat manis ini bersama selamanya..

  • Dec 12, 2017
  • 3 min read

Speeding quality time with my daughter today. Sejak kami bercuti di Kuala Lumpur belum lagi kami berdua berkesempatan jalan bersama. Memandangkan saya banyak habis kan masa bersama kawan dengan reunion rakan sekolah dan temujanji peluang perniagaan dengan bakal rakan kongsi baru masa banyak untuk saya sendiri. Anak-anak saya tinggalkan di rumah atuk mereka. Memandangkan hari ini ada masa terpulang sebelum kami bertiga berangkat pulang ke Perak,saya mahu meluangkan masa bersama anak-anak . Tetapi,anak lelaki saya pula sudah ber janji dengan kawan dari sekolah lamanya keluar bersama. Maka peluang bermesra dengan anak gadis saya terbuka luas. Kami sudah agak lama tidak keluar bersa kerana anak gadis saya ni jarang keluar dan dia agak pemalu orangnya. Saya cadangkan padanya kita pergi ke Central Market. Ironiknya,dia seperti blur bila saya sebut CM(istilah singkatan Central Market),rupanya dia belum pernah pergi ke tempat ini. Saya pula yang teruja menceritakan pengalaman zaman remaja saya sewaktu CM was a happening place for us. Ya,saya membesar di Kuala Lumpur,CM adalah tempat saya dan beberapa rakan sekolah menghabiskan masa terluang kami di CM . Anak gadis saya mula teruja.Saya juga tidak sabar membawa dia bersama dan kongsikan pengalaman remaja saya suatu ketika dahulu.

Kami naiki LRT dari Station Gombak dan berhenti di Station LRT Pasar Seni. Hmmm..awalnya nak tunjuk skill pada dia tetapi entah macamana kami boleh tersesat dalam perjalanan ke CM,maka terpaksa guna google maps. Kami berjalan kaki dari megikut arahan google maps.Sudah lama tidak berjalan kaki sekitar Kuala Lumpur.

Sampai disana,banyak perubahan berlaku di CM. Dari luar lagi sudah nampak pembahruan yang di lakukan oleh pihak kerajaan untuk menarik pelancong. Saya yang sudah lama tidak berjalan jauh,tercungap-cungap dengan cuaca yang panas. Anak gadis saya pula asyik..'Jauh lagi ke ummi.'

Masuk ke CM suasana agak nyaman kerana hawa dingin. Kami berjalan mengelilingi dalam CM melihat kedai-kedai menjual barangan souvenir. Tiba di satu sudut spa ikan. Spontan anak gadis saya suara kan mahu mencuba nya. Mulanya saya agak skeptikal tetapi setelah di pujuk,saya berubah hati. Suasana sangat riuh dengan suara ketawa kami yang geli dengan gigitan ikan. Beberapa pelancong mengambil gambar kami berdua yang riuh itu. Itulah kali pertama saya mendengar suara anak gadis saya yang riuh jika tidak dia kurang bercakap di rumah. Sambil buat lawak untuk hilangkan rasa gelinya,dia berkata .."Waahh..ikan ini semua comel la." Ya..comel lah sangat.Satu idea motivasi yang berkesan buat kami.

Usai di spa ikan kami makan di Food court.Saya mengambil kesempatan berbual secara terbuka dari hati ke hati. Kami bincang kan tentang masa depan nya . Dalam perbualan kami berdua,saya tidak menyangka bahawa anak gadis saya ini seorang kreatif serta mempunyai falsafah sendiri tentang erti kehidupan.Dia mempunyai impian nya tersendiri.Kelihatan dia sangat teruja berbincang mengenai idea-idea bernasnya Kami bertukar-tukar pandangan,sesekali dia pertahankan ideanya.Saya juga bertambah teruja dengan perbualan. Saya hanya mendengar dan biarkan dia bercerita. Selama ini dia malu hendak luahkan pada saya kerana takut saya akan memarahinya. Saya terkejut dengan kejujurannya. Selama ini saya tidak pernah mengambil kisah akan impiannya. Selama ini saya hanya fikirkan apa yang saya mahu dari anak-anak tetapi tidak pernah terfikir akan kemahuan mereka. Kini faham lah saya mengapa selama ini dia banyak berdiam diri. Baru hari ini saya melihat kedewasaan dia dan ,mempunyai pandangan sendiri tentang kehidupan. Dimanakah masa berlalu selama ini? Tahun depan dia akan meningkat 17 tahun. Kemudian ke kolej atau universiti. Dan tanpa saya sedari dia bakal berumahtangga pula. Cepat masa berlalu.Sebolehnya saya mahu saat ini di abadikan dengan sempurna.

Sebelum pulang dia mahu abadikan kenangan kami bersama di CM dengan mentatoo inai di tangan.Kali ini saya tidak membantah permintaannya itu kerana saya faham dari sudut hati dia juga sangat gembira hari ini. Saya bersyukur dan rasa bangga kerana anak gadis ini adalah hadiah yang terindah buat saya.Kami amat bertuah mempunyai anak gadis sebijak Anfaal.

Today was the best day of our life. Ummi loves you Anfaal Syamirah Amir.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
Sign up for our emails :)
Contact Us

 ​Email: dyadarahandbags@gmail.com  

Tel: 018-973 4699

Parit Buntar Perak Malaysia

  • White Facebook Icon
  • White Pinterest Icon
  • White Twitter Icon
  • White Instagram Icon

© 2023 by Bowtie Company. Proudly created with Wix.com

bottom of page