Selamat tinggal Ampang Park.
Tempat jatuh lagi di kenang,ini kan mula tempat kami berjumpa,bermesra,berlibur,bershopping apatah lagi bertemujanji. Ampang Park bakal di robohkan untuk memberi laluan kepada kemajuan di Kuala Lumpur.Dan tahun ini 2017 adalah tahun terakhir tempat ini beroperasi.Sejarah Ampang Park,tempat membeli belah yang pertama di Kuala Lumpur.Mula beroperasi sejak tahun1973 lagi. Setelah usaha mempertahankan bangunan Ampang Park akhirnya bangunan kebanggaan warga Kuala Lumpur bakal di robohkan.
Sejuta kenangan kami di Ampang Park ini.Kami bekas pelajar Sek.Men.Perempuan Seri Ampang(ARGS 84’-88’)mengabadikan kenangan kami dengan mengadakan perjumpaan (reunion) di Ampang Park pada hari Ahad jam 2 petang 10.Dis.2017 sebagai kenangan kami yang terakhir disitu.Banyak kenangan kami di Ampang Park dari kami kecil ,remaja dan dewasa kini.Seawal kami mengenal Ampang Park bersama keluarga membeli belah untuk perayaan dan berlibur.Kenangan zaman persekolahan kami ,waktu tamat sekolah tempat kami berjumpa kawan dri sekolah lain adalah di Ampang Park kerana tempat ini strategic,berdekatan dengan sekolah kami dan mudah mendapatkan kenderaan awam.Bas mini,bas LengSeng dan bas SeriJaya masih segar dalam ingatan kami.
Mohaz
“Main game kat tingkat atas dengan bakal suami aku masa tu.Dah tak ada tempat lain nak dating,kata bakal suami aku.jadi,kami berdua dating sambil main game di tingkat atas Ampang Park.
Disitu juga aku pernah jadi bodyguard orang berdating,takut nanti mak ayah dia tahu.
Masa kecil dulu,disitu ada panggung wayang.bapa aku bawa kami berlima beradik tonton wayang cerita combat.Kami duduk seat paling depan,tapi aku dan adik kecil ,kami duduk di lantai.”
Kenangan yang tak akan aku lupa.
Zahima dan Norlela
“Ima dan Lela kami pernah bekerja sebagai promoter di Hankyu Jaya.Disitu juga kami bertemu jodoh.Kami berdua berborak sambil lipat baju.Selepas beberapa bulan jadi promoter Kiki Lala,Lela jadi cashier pulak.”
Noraishah Wok @ Ecah
“Aku kerja di Hankyu Jaya selepas SPM tahun 89.Kerja disitu sebab dekat dengan rumah.Kemudian aku di naikkan pangkatjadi assistant supervisor.Malam Valentine tahun90,aku kenal seorang mamat,selepas 6 bulan perkenalan kami bertunang dan kami nikah tak lama lepas itu.Kenangan di Ampang Park,restoren Cozy Corner sebagai symbol kami makan tengahari bersama,tangga tempat kami berdating,memang rare sangat.”
Noadiza Mahadi @ Nenek
“Ampang Park tempat habiskan duit raya..hahaha.Heaven gila kami adik beradik dapat pergi main di tingkat atas.Especially dapat masuk dalam belon.Jauh kot kami beradik jalan kaki dari Keramat Hujung nak sampai ke Ampang Park.”
“Restoren Cozy Corner memang best.”
“Lagi satu Ampang Park juga kedai Arwah rakan kita Yasmin Banu.Selalu pergi sana dan lepak di kedai mak dia.Dan satu lagi di Ampang Park dulu ada satu kedai jahitan,kami selalu beli peralatan jahitan untuk kelas jahitan disitu.”
Sharina Intan Sharum
“Setiap kali nak raya,family kami akan membeli belah baju raya disitu.Kami akan masuk kedai kasut Bata dan kami di beri pilihan nak beli kasut.”
“Theme park di tingkat atas memang best..rasanya Ampang Park ni memang the best place untuk kita yang membesar di zaman itu.”
Terima Kasih sahabat yang hadir pada Hari Reunion yang tidak seberapa itu.Walaupun tidak ramai yang datang di atas urusan keluarga,tetapi hari itu sangat meriah hingga menggamatkan lagi suasana.Setidaknya dapat kita melepaskan rindu.
Selamat tinggal Ampang Park,kenangan yang tak mungkin luput dalam ingatan kami.Akan kami abadikan dalam ingatan dan akan kami ceritakan kepada anak cucu kami kelak.