top of page

Setiap kali Disember mesti teringat kisah seram ini.


Masih ingatkah lagi peristiwa yang membuka Malaysia di mata dunia pada awal 90an dahulu.Kira-kira 20 tahun lebih peristiwa ini.Ya,peristiwa yang menyayat hati rakyat Malaysia.Peristiwa berlaku pada bulan Disember 1993.

Dan setiap kali tarikh bulan Disember ini juga mengingat aku satu kisah yang tak mungkin akan aku lupa buat selamanya.Aku berterus terang,kisah ini berlaku semasa aku masih muda dan mentah.Masih lagi darah muda,belum lagi cukup matang untuk berfikir panjang.Aku buat kerana mengikut nafsu darah muda.Tapi sekarang agak kesal jugak bila di fikirkan akan kisah ini.Jika aku boleh ubahkan masa,hendak rasanya pergi balik ke peristiwa itu dan baiki kesilapan aku.Aku kurang sensitif pada ketika itu.Sebelum aku mula bercerita,aku mohon kemaafan pada rakan pembaca semua.

Setiap kali bulan Disember, mesti teringat satu cerita seram Highland Tower. Kisah seram Highland Tower ini pernah terjadi pada ku.

Kisahnya begini.....

Kira-kira sebulan selepas kejadian Highland Tower kalau tak silap berlaku hari Jumaat,sebab setiap hari Jumaat aku pasti balik dengan menaiki teksi kerana keluar kerja lewat sedikit dari hari biasa. Jam menunjukkan sudah 6 petang. Aku keletihan dari tempat kerja mahu balik ke rumah. Jam 6.30 petang selesai semua kerja .Lupa nak beritahu,aku masa tu bekerja sebagai guru tadika di sekolah sekolah swasta di Ampang..Setiap hari Jumaat kami sebagai cikgu balik lewat kerana di wajibkan membuat senarai pelajaran untuk minggu depan..Aku menahan sebuah teksi di depan Ampang Point.Dengan keletihan aku masuk ke dalam teksi.denganharapan nak sampai rumah cepat.

"Nak ke mana,dik?"

"Saya nak ke Taman HillView."Ya,rumah parents aku dulu di Taman HillView,dekat sangat dengan Highland Tower tu.

Aku kepenatan,dalam kepala ,target sampai rumah nak landing atas katil. Aku tak mau sembang,..tak mau cakap. Tapi pemandu teksi ni,peramah pulak.

"Hehe... Sebenarnya, awak ni costumer pertama saya,dik. Abang baru jer dapat lesen teksi. HillView ni di mana,dik?"

"Dekat ngan Highland Tower tu,bang."

"Eh! Highland Tower tu berhantu tau,dik."(sambil dia bawa teksi,nak mulakan bersembang.)

"Iyer ke? Mana abang tau?"(aku cah-acah tak tahu,sebenarnya dah banyak kali aku dengar cerita Highland Tower berhantu.)

"Kawan abang punya kawan punya kawan cerita pada abang. Semalam dia bawa satu perempuan Jepun dari Ampang, nak ke Highland Tower... Bila sampai jer disitu,perempuan tu hilang, dik. Seram woaa!"

(Aku diam jer,malas nak layan cerita abang teksi ni.Bukan dia yang jumpa hantu,dia hanya dengar cerita dari kawan..kawan..kawan dia punya kawa..)

"Adik tak takut ke tinggal disini?"

"Tak takutlah,bang. Buat apa nak takut."

"Adik tak takut...Ish.! berani betul la Adik ni. Kenapa Adik tak takut?"

(Tanpa aku sedari secara tiba-tiba dapat ilham jahat nak mainkan abang teksi tu.)

"Buat apa nak takut,bang.Sebab SAYA LA HANTU JEPUN TU......"

Streeeeeeekkkkk.... Tiba-tiba abang teksi buat break mengejut dan berhenti di tengah jalan,Nasib baik tak ada kereta lain lalu.Abang teksi, pusing belakang,perlahan-lahan..matanya tajam melihat ke kaki ku. Suaranya terketar-ketar.

"Ja..jangan macam tu,dik.....AA..aabang takut ni..."

(Aku renung tajam pada dia seperti HANTU Korea.Mulut saja aku buat seram,tak senyum,tak gelak.Aku tenung sedalamnya ke muka abang teksi.Tak tahu lah macamana aku boleh tahan.Ini berlaku tanpa di rancang..berlaku secara spontan.)

"Aaa...adik..... Janganlah diikkk....Aaaaabang takuuuttt."

(Makin dia merayu..makin syok aku rasa. Tak tahan melihat dia,aku keluaran suara ketawa yg seram...)

"HAHAHA HAHAHA HAHAHA....."

(Sambil buat aksi golek terguling-guling ketawa dalam teksi.)

Abang teksi terus menjerit dan mengeletar badan.Kesian pula aku tengok abang tu...dah puas gelak terguling aku terpaksa tenangkan abang tu.

Kesudahan nya, aku pulak yang kena tenangkan abang teksi tu,mujur dia masih ada kekuatan bawa teksi.....sampai rumah aku bagi dia minum air.Keluarga aku semua hairan macamana pemandu teksi boleh pucat macam tu.Bila aku ceritakan pada mereka,apa lagi berderai mereka ketawa.Papa dan mama pula marahkan aku kerana menyusahkan abang teksi Lastly,abang teksi call kawan dia, minta jemput dia di rumah aku. Katanya...

"Ini last la...taubat abang tak mau bawa teksi lagi,baik jual air tebu lagi selamat."

Hahaha... Walaupun kisah ini sudah lebih 20 tahun,tetapi ianya masih segar dalam ingatan ku.

Di mana agaknya abang teksi tu,sempat tak nak minta maaf? Kalau abang teksi tu ada terbaca kisah ini,mohon kemaafan dari aku yang jahil dahulu.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page